Hubungi Saya Melalui Laman Maya

Facebook, Blog, Twitter

Pesanan Ustaz Nor Azman Mohamad

"Antara tugas kita ialah menanamkan keyakinan terhadap Islam kepada manusia"

My Blog List

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Twitter

Wednesday, 31 October 2012

NFCorp: Pas Cabar MB Ambil Tindakan


SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap Syarikat Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) berikutan masalah hutang membabitkan RM200,000.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, NFCorp tidak sepatutnya diberi tempoh atau peluang menyelesaikan tunggakan sewa pajakan tanah di Gemas kerana terbukti projek gagal.

“Menteri Besar sendiri menerusi kenyataannya dalam Sinar Harian semalam (kelmarin) setuju agar projek terbabit diberi peluang kepada syarikat lain untuk teruskan.

“Jadi, saya fikir, tidak wajar lagi NFCorp diberi peluang. Oleh sebab itu, Pas mencabar Menteri Besar mengenakan tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan, sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang kontrak pajakan ditetapkan,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Anuar Azahari; Ketua Penerangan Pas negeri, Nor Azman Mohamad dan Ketua Muslimat Pas negeri, Fazilah Abu Samah. Mohd Taufek berkata, sekiranya tindakan tersebut tidak diambil, Kerajaan

Negeri di bawah Barisan Nasional (BN) jelas mengamalkan sikap double standard dalam kepimpinannya.

Malah, katanya, Kerajaan Negeri juga diminta telus umumkan mekanisme pembayaran tunggakan tersebut agar ia jelas kepada umum.

"Kita mahu tahu secara jelas Kerajaan Negeri selesaikan hutang tersebut,” katanya.

Beliau turut mendesak Mohamad mendedahkan keseluruhan hutang di negeri ini membabitkan syarikat atau premis apabila laporan audit tahun lalu menyatakan secara jelas terdapat banyak tunggakan hutang dan paling tertinggi sehingga mencecah ke RM214,085.


Sumber:

Tuesday, 30 October 2012

Selamat Datang Ke Himpunan Kebangkitan Rakyat


SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan mengalu-alukan kedatangan semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke negeri ini sempena program Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, 3 November ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan Nor Azman Mohamad berkata dua lokasi berkumpul telah disediakan iaitu di Markaz MTD DUN Chembong, Kampung Mulia dan Markaz PR DUN Seri Menanti, Terachi yang akan dibuka bermula jam 3 petang.

"Bagi memudahkan perjalanan, semua ahli dan penyokong PAS digalakkan hadir secara berkonvoi.

"Berkenaan dengan kemudahan lokasi, boleh menggunakan lebuhraya PLUS susur keluar (exit) Senawang manakala stesyen komuter yang terdekat ialah Stesyen Komuter Sungai Gadut yang jaraknya ke lokasi program 1.5 kilometer," katanya.

Himpunan yang akan di adakan di Taman Seremban Jaya, Seremban itu akan bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Program tersebut akan dihadiri oleh semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dijangka lebih 50,000 ahli, penyokong dan rakyat tempatan hadir ke program itu nanti.

Sementara itu juga, PAS Negeri Sembilan akan mengadakan ceramah mobilasi di beberapa kawasan sebagai persediaan menjelang himpunan itu nanti.

Kawasan ceramah tersebut seperti berikut:

1) 31 Oktober 2012 - 9 Malam - Pasti Al-Hasanah, Bandar Seremban Selatan (YB Mohd Taufek Abd Ghani, Che'GuBard Samm, Fareedah Samad, Tuan Speaker)

2) 31 Oktober 2012 - 9 malam - Pasti al-Mawaddah Warisan Puteri, Seremban ( YB Wilfried Bumbering (MP Tuaran) , YB Ahmad Kasim (MP Kuala Kedah) YB John Fernandaz (MP Seremban) YB Loke (MP Rasah) YB Aminuddin (ADUN Sikamat)

3) 1 November 2012 - 9 Malam - Kampung Gedok, Gemencheh, Tampin (Yb Mohd Taufek Abd Ghani, Che'GuBard, Bob Lokman, Yb Veerapan (ADUN Repah)

4) 1 November 2012 - 9 Malam - Markaz MTD Labu, Sepang Road, Jalan Salak, Nilai (Ybhg Tuan Haji Mohamad Sabu, Ustaz Mohd Khairil Wafa, Nazree Yunus, YB Cha Kee Cin (ADUN Kepayang)

5) 1 November 2012 - 9 Malam - Muassasah Darus Syarif, Jalan Batui Kikir-Bahau, Jempol (YB Siti Zailah (MP Rantau Panjang) Aishah (artis) Aiman Athirah , Kumuta , Fareedah Samad)


Sumber:

Monday, 29 October 2012

Menarik: Himpunan Kebangkitan Rakyat


Perlancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat
Tarikh: 3 November 2012 (Sabtu)
Masa: 4 petang
Tempat: Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas)

Ceramah Mobilasi Himpunan Kebangkitan Rakyat
Tarikh: 1 November 2012 (Khamis)
Masa: 9 malam
Tempat: Markaz MTD LABU
Himpunan Kebangkitan Konvoi Rakyat
Tarikh: 3 November 2012 (Sabtu)
Masa: 3 petang
Tempat: Berkumpul di Parkir Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi




Wednesday, 24 October 2012

2 Program Mega Rakyat Negeri Sembilan


15 Januari 2012 adalah detik bersejarah di Negeri Sembilan. Bagi saya secara peribadi dua 'Program Mega' pada tarikh dan waktu yang sama benar-benar menguji sejauh mana sambutan kepada keduanya. Saya tidak melihat angka yang hadir tapi melihat 'perubahan' sedang bergerak dan berlaku. Mungkin bagi sebahagian yang melihat, jumlah yang hadir bukan kayu ukur kebangkitan rakyat, setidaknya sambutan program itu memberi petunjuk kepada keinginan perubahan dalam masyarakat. Walaupun pada awalnya rasa juga bimbang andai salah satunya tidak mendapat sambutan, namun berserah sahaja kepada Allah untuk menggerakkan hati 'manusia' untuk dipilih untuk hadir kepada salah satu program mega di Negeri Sembilan ini.

Negeri Sembilan adalah negeri subur untuk perubahan, bukan kerana pada jumlah kerusi semata-mata penilaiannya tetapi juga tekanan yang mereka hadapi selama ini serta kesedaran untuk melihat Islam sebagai sistem kehidupan. Di satu sudut, program ceramah politik di hadiri golongan yang ingin perubahan setelah merasai kezaliman selama berada di dalam Barisan Nasional. Pada sudut yang lain pula program ceramah dan tazkirah di Masjid/Surau didekati kerana telah merasai selama ini sistem yang berjalan tidak memberi kebaikan buat diri mereka, keluarga dan negara. Maka mereka melihat penyelesaiannya mesti kembali kepada Islam. Justeru program ceramah dan tazkirah ada pengikut tersendiri.

Program Kuliah Maghrib Perdana bersama Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Senawang, ternyata mencipta sejarah. Saya belum pernah menyaksikan seramai ini penyertaan dalam sebuah program yang diadakan di Masjid di sekitar Negeri Sembilan. Kehadiran anak-anak muda yang melimpah hingga ke tempat letak kereta jelas menunjukkan keinginan mereka mendekati Islam. Biarpun ada di kalangan pendengar malam itu tidak kenal dan pernah mendengar Ustaz Azhar Idrus di dalam you tube, kehadiran penceramah tersohor ini mampu menarik keinginan mereka untuk menghadirinya. Kutipan malam itu sahaja mencecah RM 20 ribu ringgit


Di Dataran Rakyat Gemas juga menyaksikan kebanjiran manusia. Tidak kisah berapa yang cuba dinyatakan oleh blogger upahan BN tentang kehadiran malam itu. Yang pasti kebanyakan yang hadir adalah dari sekitar Gemas. Mungkin ada yang dari felda berdekatan, Gemencheh, Tampin, Kuala Pilah dan Jempol. Ironinya kawasan Gemas adalah saksi penyelewengan dan ketirisan kerajaan melalui projek NFC. Rakyat sekitarnya juga merasai sukar untuk mendapat tanah, tiba-tiba apabila didedahkan oleh Jabatan Audit, orang lain semudahnya beroleh tanah dan projek sebesar itu. Kezaliman ini mereka rasai. Ditambah simpati kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.


Nafikanlah semampu yang mungkin untuk menyedapkan hati orang atasan mengenai keinginan perubahan ini. Dunia tidak pernah menunjukkan sejarah orang yang menolak perubahan boleh bertahan. Harapan besar rakyat ini mesti diterjemahkan dalam bentuk undi dalam PRU 13 yang entah bila kunjung tiba. Kini semua sedang bercakap mengenai perubahan. Anda bagaimana ?

Antara Imam 5 minit dan Imam 5 tahun?


Kedua-dua imam (pemimpin) ini mempunyai persamaan. Kedua-duanya memikul amanah. Amanah yang hakikatnya dipilih oleh Allah untuk dipikulnya. Biarpun pilihan itu dilihat dengan usaha makhluk hakikatnya amanah itu adalah pilihan dari Allah untuk menguji sejauh mana nilai kehambaan di dalam memikul amanah tersebut. 

Kedua-duanya layak ke syurga dengan amanah tersebut begitu juga sebaliknya. Bahkan dengan amanah berat itu menjadikan kedudukan mereka lebih tinggi berbanding orang lain sekiranya bertakwa kepada Allah SWT.

Amanah menentukan kejayaan dan kesejahteraan. 'Skil' yang hebat tanpa sifat amanah yang kuat tidak akan memberi kebaikan. Justeru, dalam memilih imam 5 minit dan imam 5 tahun bukan hanya persoalan 'skil' sahaja yang menjadi penekanan bahkan yang lebih penting adalah sifat amanah dalam diri mereka. Membangun nilai dalam sebuah masyarakat memerlukan pemimpin yang amanah di dalam melaksanakan tugas. Tidak hanya dengan skil yang hebat. 

Lihat sahaja contoh bagaimana seorang pemimpin yang punya latar belakang dalam bidang ekonomi, gagal mengurus ekonomi dengan baik akibat tidak amanah. Begitu sebaliknya, walau tidak punya kemahiran namun kerana prinsip amanah yang diamalkan mampu menyelamatkan.

Di dalam Islam seorang pemimpin itu juga adalah imam untuk rakyatnya. Justeru, kelayakan menjadi pemimpin itu jauh lebih ketat berbanding menjadi imam dalam solat. Cuma bila masyarakat dilanda sindrom 'tak kisah' menyebabkan sesiapa pun boleh dipilih menjadi pemimpin mereka untuk lima tahun sedangkan dalam urusan memilih imam 5 minit mereka begitu teliti memerhati. 

Seperti Imam Solat juga apabila mereka melakukan kesalahan mereka boleh ditegur untuk memperbaiki kesilapannya, Imam 5 tahun juga begitu. Mereka mesti ditegur apabila melakukan kesalahan bukan terus mengampu dan memuji sehingga membinasakan diri pemimpin itu dan seluruh rakyat. Apabila imam 5 minit terbatal dan hilang kelayakan maka makmum mesti mengambil alih agar solat Jemaah itu diteruskan. Sebegitu juga imam 5 tahun yang kita lantik, bila mereka hilang kelayakan dan melakukan penyelewengan kita tidak boleh terus membiarkannya. Mereka wajib diganti dan wajib diubah. Renungkan !