Ringkasan Konsep Negera Berkebajikan
Negara berkebajikan adalah model bernegara sebagaimana yang diiktibarkan daripada al-Quran dan as-sunnah dan sejara kegemilangan umat Islam, dengan berpandukan konsep “Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur” bermaksud “Negara yang sejahtera dan (mendapat keampunan) Tuhan yang Maha Pengampun”. Dengan penegasan lain, bingkai Negara Berkebajikan ini ialah ‘Ubudiyyah yang bermaksud pengabdian manusia kepada Pencipta mereka bagi mencapai kejayaan (al-falah) bukan sahaja kehidupan di dunia bahkan juga di akhirat.
Negara berkebajikan ditakrifkan sebagai kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (al-Adl wa al-Ihsan) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (Istibaq al-Khayrat) dan saling bekerjasama (al-Ta’awun) ke arah kejayaan (al-falah) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat.
1. Kerajaan beramanah, adil dan bersih
- Memperkukuh sistem federalisme
- Memperkasakan kembali amalan pemisahan kuasa
- Sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih
- Memulihkan agensi-agensi awam
- Mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam
2. Masyarakat penyayang, aman dan bersatu
- Memperbanyak kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial
- Menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai
- Mewujudkan pasukan Polis Bantuan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan
- Menyemak semula dasar-dasar yang berkaitan dengan perpaduan nasional
- Mencadangkan penubuhan Majlis Dialog Kebangsaan
3. Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
-menyusun kembali keutamaan pembangunan
-Memperkukuhkan semula Dasar Pertanian
-membudayakan penggunaan dinar emas dan dirham
-menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan
-Mewujudkan mekanisme yang akan memperbanyakkan pembekalan barangan-barangan keperluan pengguna
4. Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
-Memberikan peruntukan mencukupi kepada sekolah-sekolah
-Memberikan peruntukan khas kepada Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di sekolah-sekolah luar bandar
-memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.
-Memberikan autonomi kepada universiti-universiti awam
-Menjana institusi pengajian tinggi yang berprestasi cemerlang
5. Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
-mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN)
-menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan
-Memberikan perkhidmatan kesihatan percuma sepenuhnya kepada golongan miskin, kanak-kanak dan ibu-ibu mengandung
Memberikan pengiktirafan kepada kaedah-kaedah perubatan alternatif
Memberikan insentif kepada badan-badan masyarakat madani
6. Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
-memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf dan lain-lain
-meminimumkan karenah birokrasi
-meningkatkan harga hartanah rakyat
-Menjamin keberhasilan ekonomi dan jaminan hidup generasi kedua dan ketiga peneroka FELDA yang memerlukan
-memperbanyakkan jumlah perumahan kos rendah dan mampu milik
-mewujudkan rumah-rumah sewa di bandar besar di bawah Majlis Kerajaan Tempatan
7. Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
-Menginstitusikan undang-undang perkahwinan dan kekeluargaan berdasarkan agama anutan masing-masing
-Memberikan peluang kepada pasangan suami-isteri untuk memperolehi pendidikan keluarga sepanjang hayat dan motivasi keibubapaan yang percuma
-Mewujudkan pusat kekeluargaan (family centre) di setiap lokaliti
-memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia
-mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh masa di bawah akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela.
-mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat dan hendaklah diisi oleh warga yang berumur 35 tahun ke bawah
-mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam
-menaikkan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi kakitangan sector awam
-Menyelaraskan seluruh intitusi yang berkaitan dengan pendidikan tenaga vokasional spt IKBN, Kolej Komuniti dll
-meminda akta berkaitan dengan gaji minimum
-meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja.
9. Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
-Memperluas dan memperkaya peranan institusi wakaf
 |
Buku Negara Berkebajikan Tawaran PAS |
-Menggalakkan penyertaan dan persaingan sector swasta
-Mewujudkan satu tabung khas dari dana awam
-Membangunkan system pengangkutan awam yang cekap
-Membina prasarana yang mencukupi untuk golongan kurang upaya
10. Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari
-Melaksanakan sepenuhnya program 3R (reduce, reuse, recyle) di seluruh Majlis Kerajaan Tempatan
-Menguatkuasakan akta-akta dan peraturan-peraturan berkaitan pemuliharaan alam sekitar
-Mengeluarkan laporan kualiti alam sekitar yang telus dan menyeluruh setiap tahun
Mempelopori usaha-usaha serantau untuk mencegah masalah alam sekitar
*Maklumat lanjut, sila dapatkan Buku Negara Berkebajikan Tawaran PAS