Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 atau #KL112 akan mencipta sejarah sebagai himpunan perpaduan rakyat terbesar dalam negara, dengan menampilkan seluruh tuntutan yang tidak dipeduli oleh regim pemerintah. Maka rakyat hadir dari pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan manifestasi berbentuk kemarahan secara aman.
Bagi tujuan melancar mobilisasi yang ampuh, satu rapat kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menimbulkan mood ‘pesta tuntutan rakyat’ dan memberikan pengarahan terakhir agar himpunan majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan.
Bagi menaikkan semangat himpunan satu acara akan diadakan iaitu RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112 yang akan berlangsung pada hari Jumaat 11 Januari 2013 jam 8.40 malam (acara bermula 5 petang) bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
Selain persembahan dan penampilan pimpinan pemuda dan artis, turut bersama pimpinan utama PR seperti Anwar Ibrahim, TG Haji Abdul Hadi Awang TG Nik Abdul Aziz, Lim Guan Eng Tuan Haji Mohamad Sabu, dan lain-lain.
Nantikan juga penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus pada program kuliah di sebelah petang.
Selain itu program akan bermula sejak petang akan menampilkan wakil masyarakat tertindas yang muncul menyuarakan masalah mereka terdiri dari suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi.
Ini akan menjadikan rapat kemuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.
Rapat mengira detik juga akan menjadi lapangan sambutan bagi peserta himpunan yang datang jauh dari luar Kuala Lumpur. Mereka dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan.
Acara kemuncak adalah pada keesokan harinya (12jan) rakyat akan berhimpun di Stadium Merdeka. Dijangka 1 juta rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut berdasarkan sambutan luar biasa dalam siri jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat sebelum ini.