Hubungi Saya Melalui Laman Maya

Facebook, Blog, Twitter

Pesanan Ustaz Nor Azman Mohamad

"Antara tugas kita ialah menanamkan keyakinan terhadap Islam kepada manusia"

My Blog List

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Twitter

Sunday, 14 April 2013

Lawatan Tuan Guru Presiden Ke Negeri Sembilan


Presiden PAS, Dato Seri Tn Guru Hj Abd Hadi Awang akan melawat ke tapak Hospital Rembau di DUN Chembong pada jam 10 pagi Selasa 16 April 2013 ini. 

Hospital Rembau adalah merupakan satu projek yang penuh kontroversi yang menimbulkan pelbagai persepsi dan persoalan penduduk setempat dari harga tanahnya yang terlalu tinggi jika dibandingkan dengan tanah adat, kedudukannya yang terlalu hampir serta berjiran dengan beberapa kilang, serta membantutkan pembangunan atau pembesaran kilang sedia ada yang menyekat penambahan peluang pekerjaan anak tempatan.

Ianya adalah sebahagian dari lawatan dua hari Presiden PAS ke Negeri Sembilan pada 15 dan 16 April 2013.

Jadual penuh lawatan Presiden PAS ke Negeri Sembilan adalah seperti berikut :

Isnin 15 Apr, 5 ptg – Dailog dengan NGO Cina, Parlimen Seremban
Isnin 15 Apr, 7 mlm – Kuliah Maghrib di Dataran Tok Dagang, DUN Paroi
Isnin 15 Apr, 10.30 mlm – Ceramah Perdana di Klawang, Parlimen Jelebu
Selasa 16 Apr, 8 pagi – Minum bersama penduduk di DUN Labu
Selasa 16 Apr, 10 pagi – Lawatan ke tapak hospital Rembau, DUN Chembong
Selasa 16 Apr, 11 pagi – Melihat penerokaan besar-besaran Hutan Simpan Miku, DUN Johol
Selasa 16 Apr, 12 tgh – Makan tengahari bersama orang ramai di pekan Gemencheh, Parlimen Tampin



Layari laman web PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com

Wednesday, 10 April 2013

Aisyah dan Aiman Athirah Calon Parlimen di Negeri Sembilan


JEMPOL, 10 APRIL – Dua orang tokoh serikandi Pas, Aiman Athirah Al Jundi dan Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) telah diumumkan sebagai calon di dua buah kerusi parlimen di Negeri Sembilan.

Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan DMPP akan bertanding di kerusi Parlimen Jelebu yang sebelum ini (sebelum bubar parlimen) kerusi tersebut disandang  oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Manakala Aishah  akan bertanding di kerusi Parlimen Jempol.

Pemilihan mereka berdua telah diumumkan oleh wakil dari pimpinan Pas Pusat iaitu Tuan Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas dan Dato’ Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas bersama kesemua calon Pas di Negeri Sembilan iaitu; 12 kerusi Dun dan 3 kerusi Parlimen di Muassasah Darul Syarif, Bahau semalam

Calon bagi kerusi Parlimen, Jelebu ; Aiman Athirah Al Jundi, Jempol ; Wan Aishah binti Wan Ariffin
dan Tampin; Zakaria Khalim.

Manakala calon bagi kerusi Dun, Johol; Nor Azman Mohamad, Sungai Lui; Nor Anif Selamat, Klawang; Dr Rosli Yaakop, Serting; Abd Rahman Ramli, Senaling; Zaharudin Othman, Gemencheh; Mohd Nor Yasin, Chembong; Kamarol Ridzuan, Kota; Ghazali Mat Som, Paroi; Mohd Taufek Abdul Ghani, Labu; Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa, Bagan Pinang; Ramli Ismail, Lenggeng; Zulkefly Mohamad Omar.

Kehadiran dua orang serikandi itu bakal ‘memeriahkan’ suasana PRU-13 di Negeri Sembilan dan yang penting menunjukkan bahawa Pas menghargai peranan wanita.

“Lebih 20 orang calon wanita mewakili Pas pada kali ini (Pru-13)”, tegas Dato’ Mustafa Ali menjawab soalan wartawan berkaitan isu calon wanita dalam Pas.

Dalam pada itu, Hj Mohd Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas sokongan padu yang diberikan.

“Terima kasih kepada yang sanggup hadir pada malam ini, kehadiran anda menunjukkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, semoga pilihanraya kali ini kita akan mendapat kerajaan yang baru”, ujar beliau yang juga merupakan bekas ADUN Paroi

Sumber:
www.n9online.net

Sunday, 31 March 2013

5 Tahun Mentadbir, BN Masih Gagal


SEREMBAN, 30 MAC – Selama 5 tahun mentadbir kerajaan Negeri Sembilan, tetapi Barisan Nasional masih lemah dan gagal membangunkan negeri.


Hal ini dinilai berdasarkan pencapaian kerajaan negeri selama 5 tahun pentadbiran merujuk kepada laporan audit tahunan dan juga kecekapan mengurus.

Menurut Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan kelemahan ketara adalah  kelemahan menguruskan asset dengan baik.

“Prestasi kerajaan negeri dalam menguruskan aset sangat lemah sehingga pada tahun 2010 aset sebanyak RM23.4 juta dan jatuh merudum pada tahun 2011 dengan jumlah berbaki RM590 ribu”

“Tambahan pula, Program Pembasmian Kemiskinan telah gagal dimana prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.” Ujar beliau

Kegagalan pentadbiran di bawah Datuk Seri Utama Mohamad Hasan turut mendapat kritikan ramai apabila banyak projek terbelengkalai di negeri ini.

“Di samping skandal NFC yang telah ‘menghilangkan’ wang sebanyak RM 250 juta, di negeri ini juga banyak projek terbelengkalai dan projek yang ‘hilang’ seperti pembinaan Hospital Rembau, Landasan Pesawat Kecil di Rembau, pembinaan jalan baru Pasir Panjang ke Linggi”

“MB (Mohamad Hasan) berbangga apabila DUN terbubar dengan sendiri kononnya memastikan kerajaan negeri mendapat masa secukupnya untuk menjalankan segala amanah dan agenda kerajaan, tetapi mana hasilnya?” tegas beliau lagi.

Sidang Media khas ini diadakan di Majlis Hi-Tea Pas Negeri Sembilan di Seremban sempena dengan Jelajah Treler Negara Berkebajikan di Negeri Smebilan.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang calon dari Pas untuk bertanding dalam PRU ini.

“Semua calon Pas yang akan betanding adalah dari kalangan "winnable candidate" bagi memastikan dapat membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Negeri Sembilan”, ujar beliau

Sumber:
http://n9online.net/artikel/5-tahun-mentadbir-bn-masih-gagal

Sunday, 10 March 2013

Ceramah Umum 15 Mac


CERAMAH UMUM
15 Mac 2013, Jumaat, 9 Malam, 
Kg Malan, Kepis, Johol, Negeri Sembilan

Penceramah :
1. Dato Tamrin Abdul Ghafar ( anak Tun Ghafar Baba )
2. Ustaz Nasarudin Tantawi ( Ketua Pemuda PAS Malaysia )
3. Aspan Alias ( bekas AJK Umno Kuala Pilah ) (www.aspanalias.blogspot.com)
4. Nor azman Mohamad ( Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan )

Jemput semua hadir !


Wednesday, 6 March 2013

Pilih Pemimpin: Antara Muslim dan Bukan Muslim


Sumber dari: Ustaz Muhammad Norazam Bahador
Ilustrasi: Penerangan Pas Negeri Sembilan



MENJAWAB PERSOALAN "ANTARA CALON MUSLIM & CALON NON-MUSLIM " SIAPA YANG PATUT DIBERI UNDI ||

Dalam kelas bersama Fadhilatus Syaikh Prof Dr Ra'fat Uthman Hafizahullah di Darul Ifta' sebentar tadi saya bertanya soalan

(Fadhilatus Syaikh merupakan salah seorang Anggota Hai'ah Kibar Ulamak Al-Azhar As-Syarif,Dekan Kuliah Syariah Wal Qanun Al-Azhar As-Syarif sebelum ini.

Beliau disebut oleh Fadhilatus Syaikh Alii Jum'ah Hafizahullah sebagai salah seorang Ahli Ilmu yang Besar di Mesir dan Seorang Faqih Muhaqqiq Mudaqqiq) :

"Sekiranya ada dua Calon yang bertanding Kerusi Parlimen,Seorangnya Muslim tetapi mempunyai rekod pentadbiran yang buruk dan penyelewengan dan seorang lagi pula adalah Calon Bukan Muslim tetapi rekod pentadbiran dan pengurusannya baik dan telus.

Bolehkah saya memberikan Undi kepada Calon Bukan Muslim tersebut?"

Fadhilatus Syaikh Hafizahullah menjawab :

"Ya. Boleh. Takkanlah kita ingin memberikan amanah kepada mereka-mereka yang akan merosakkan dan tidak membawa maslahah kepada negara?

Sekiranya bukan Muslim tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik membawa kebaikan buat negara dan Calon Muslim pula sebaliknya,kita perlu memberikan undi kepada yang boleh membawa kebaikan buat negara.

Sekiranya awak ada harta dan tanah yang ingin diuruskan,dan ada dua calon yang meminta untuk menguruskannya,seorangnya Muslim tetapi tidak pandai mengurus dan seorang lagi Bukan Muslim tetapi mampu mengurus,pastilah tugas tersebut perlu diberi kepada Bukan Muslim yang mampu mengurus."

Saya bertanya lagi :

"Ada yang berhujah dengan Ayat Al-Qur'an yang melarang Golongan Mukmin mengambil 'Wali' selain dari Mukmin."

Fadhilatus Syaikh menjawab :

"Ahli Parlimen bukanlah 'Wali Amri'. Ahli Parlimen mempunyai tugas yang kita semua maklum di Dewan Rakyat contohnya membincang dan memberi pandangan ketika penggubalan undang-undang (dan membincangkan belanjawan negara dll).
Ahli Parlimen bukanlah 'Wali' sebagaimana yang dinyatakan oleh Ayat tersebut"

Begitulah lebih kurang perbicangan dan jawapan oleh Fadhilatus Syaikh Hafizahullah.

Tujuan saya berkongsi perbincangan ini bukanlah untuk fokus kepada isi jawapan beliau.

Tujuan utama saya adalah untuk menunjukkan perbezaan yang sangat ketara apabila 'Ahli Ilmu dan Faqih' berbicara soal hukum hakam berbanding 'Mereka yang tidak berkeahlian' yang cuma bercakap atas dasar semangat dan sentimen.

Berhati-hatilah wahai sahabat-sahabat sekalian dalam berbicara Soal Hukum Hakam dan bercakap dengan Ayat-Ayat Allah.
Ianya adalah Amanah.
Amanah itu perlu kepada 'Quwwah'.
'Quwwah' dalam berbicara soal hukum hakam adalah 'Lengkapnya diri dengan Ilmu-Ilmu yang disyaratkan oleh Para Ulamak Ummah untuk melayakkan seseorang berbicara soal hukum hakam'.

Semoga Allah melimpahkan RahmatNya yang berpanjangan buat Para Ulamak Al-Azhar As-Syarif dan Semua Ulamak Ummah yang Benar dan Mukhlisin.yang telah mengajar dan mendidik kami erti Amanah dan Beradab dengan Ilmu.

Saturday, 2 March 2013

Ceramah Pakatan Harapan Rakyat 8 Mac


Ceramah Pakatan Harapan Rakyat

8 Mac 2013, Jumaat, 9 Malam
Dataran Al-Ikhwan, Air Mawang, Johol Negeri Sembilan

Menampilkan:
Dr Dzulkefly Ahmad, AJK Pas Pusat merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor
Sdr Aspan Alias, wakil DAP
Ust Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan
Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan

Ceramah tersebut akan memberi penerangan tentang Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat. Jemput hadir beramai-ramai

Marhaen; Video Paling Bangan - Pro UMNO


Kemunculan short film (filem pendek) yang berjudul ‘Marhaen’ mengundang rasa tidak puas hati di kalangan facebookers pro UMNO.

Perkara itu diluahkan oleh beberapa facebookers pro UMNO di sebuah group dalam laman sosial facebook.


“Inilah video yang paling bangang, masuk tadika PASTI pun kena bayar. Den (Aku) hutang melambak, tapi tau cari kojo (kerja), lepas lah bayar pinjaman MARA den (aku)”

“Den (Aku) dah dua orang anak, kalau hidup biasa nak free susah lah, ini lah manusia paling punah den (aku) tengok.  Kerja pemaleh (pemalas)”, luah seorang facebooker, Faszeli Abd Kadir

Ketika mewawancara wakil Penerangan Pas Negeri Sembilan, Wan Dan, beliau menyatakan tujuan short film adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Marhaen (short film) membawa mesej yang jelas iaitu pendidikan percuma adalah hak rakyat dan ia merupakan tanggungjawab kerajaan. Tambahan pula kerajaan Malaysia hakikatnya mampu untuk memberi pendidikan percuma”

“Tetapi malangnya, banyak wang negara dihabiskan dengan perkara yang tidak sepatutnya dalam masa yang sama ketirisan wang tersebut berlaku dengan begitu dahsyat”, ujar beliau yang merupakan Setiausaha Kerja Penerangan

Short film yang dikeluarkan oleh Penerangan Pas Negeri Sembilan itu mendapat sambutan yang hangat sehingga mencapai 29,300 penonton. Yang menariknya, short film tersebut dibintangi oleh Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan, Nor Azman Mohaman. Short film tersebut boleh ditonton melalui laman youtubeMarhaen

Sumber: N9online.net