Kemunculan short film (filem pendek) yang berjudul ‘Marhaen’ mengundang rasa tidak puas hati di kalangan facebookers pro UMNO.
Perkara itu diluahkan oleh beberapa facebookers pro UMNO di sebuah group dalam laman sosial facebook.

“Inilah video yang paling bangang, masuk tadika PASTI pun kena bayar. Den (Aku) hutang melambak, tapi tau cari kojo (kerja), lepas lah bayar pinjaman MARA den (aku)”
“Den (Aku) dah dua orang anak, kalau hidup biasa nak free susah lah, ini lah manusia paling punah den (aku) tengok. Kerja pemaleh (pemalas)”, luah seorang facebooker, Faszeli Abd Kadir
Ketika mewawancara wakil Penerangan Pas Negeri Sembilan, Wan Dan, beliau menyatakan tujuan short film adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
“Marhaen (short film) membawa mesej yang jelas iaitu pendidikan percuma adalah hak rakyat dan ia merupakan tanggungjawab kerajaan. Tambahan pula kerajaan Malaysia hakikatnya mampu untuk memberi pendidikan percuma”
“Tetapi malangnya, banyak wang negara dihabiskan dengan perkara yang tidak sepatutnya dalam masa yang sama ketirisan wang tersebut berlaku dengan begitu dahsyat”, ujar beliau yang merupakan Setiausaha Kerja Penerangan
Short film yang dikeluarkan oleh Penerangan Pas Negeri Sembilan itu mendapat sambutan yang hangat sehingga mencapai 29,300 penonton. Yang menariknya, short film tersebut dibintangi oleh Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan, Nor Azman Mohaman. Short film tersebut boleh ditonton melalui laman youtube: Marhaen
Sumber: N9online.net
Sumber: N9online.net
0 comments:
Post a Comment