Hubungi Saya Melalui Laman Maya

Facebook, Blog, Twitter

Pesanan Ustaz Nor Azman Mohamad

"Antara tugas kita ialah menanamkan keyakinan terhadap Islam kepada manusia"

My Blog List

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Twitter

Saturday, 29 December 2012

Tuan Guru Presiden bersiar secara live



PAS menyokong penuh hasrat Presiden untuk memberi penjelasan isu ‘Amanat Hadi’ di media perdana

PAS menyokong penuh hasrat Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung. 

Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu ‘Amanat Hadi’.

PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai. Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya. 
Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.

Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama. 

Kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan?

Sehubungan dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung. Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Disember 2012

Monday, 24 December 2012

Makan Malam 2012 Pas Negeri Sembilan

Majlis Malam 2012 Pas Negeri Sembilan Bersama YAB Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tarikh : 28 Dis 2012, Jumaat
Masa : 8 malam
Tempat : City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban (berhampiran Terminal 2)

Kupon RM100/satu kerusi ; RM1000/satu meja

Untuk tempahan sila hubungi Hakki 013-3840022 , Syukur 017-3627238 , Rasydan 013-3440625

Untuk sumbangan terus ke Dana Pilihanraya Umum ke 13 PAS N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut : 
Nama akaun : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan 
Bank : Bank Islam
No akaun : 05030010000462
Hubungi Sdr Hassan 019-2171942 Setiausaha PAS N.Sembilan




Wednesday, 19 December 2012

Amanat Haji Hadi: Amanat Mahathir Bagaimana?


1. Saya tertarik apabila membaca desakan beberapa orang ulama Umno yang mahu agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi yang didakwa disampaikan oleh beliau pada 7 April 1981 iaitu lebih kurang 31 tahun lepas. Ini termasuklah Pengerusi ILMU sendiri, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya di muka hadapan Sinar Harian dan Utusan Malaysia hari ini 18 Disember 2012 yang mendesak agar Amanat ini ditarik balik. Dengan tidak menafikan hormat saya kepada ilmu yang dimiliki oleh beliau, saya mengira bahawa desakan ini tidak lain hanyalah merupakan salah satu helah dari pihak UMNO untuk mencalarkan imej Presiden PAS ditambah dengan suasana yang sedang menghampiri PRU13 ini.

2. Apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi ialah ucapan biasa beliau di sebuah majlis ceramah pada tahun 1981 (ada versi yang menyebut 1979) di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu. Ia kemudiannya dicetak oleh individu perseorangan yang disebut sebagai amanat dan didakwa kemudiannya sebagai punca pemecahbelah umat Islam dan penyebab berlakunya solat dua imam di beberapa lokasi khususnya di Terengganu. Padahal sehingga sekarang tidak ada sebarang kajian terperinci yang dapat mengesahkan dakwaan ini. 

3. Perlu diingatkan bahawa isu ini telah berkali-kali dibangkitkan khususnya menjelang pilihanraya umum. Padahal jika disoroti sejarah, Abdul Hadi sendiri pernah bersedia untuk bermuzakarah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2001 tentang isu amanat ini. Pada masa itu barangkali Pengerusi Ulama Muda Umno masih belum terlibat dengan politik atau sedang sibuk berprogram bersama-sama ahli PAS di Madinah. Sekitar bulan April tahun 2001 menyaksikan bagaimana isu 'Amanat' ini dimainkan secara besar-besaran dengan tujuan untuk menjatuhkan imej Tuan Guru Abdul Hadi (pada masa itu Menteri Besar Terengganu) di kalangan pengundi Melayu. Akhirnya, apabila isu ini diperbesar-besarkan sekian lama dan Majlis Fatwa Kebangsaan dikatakan telah bersetuju untuk bermuzarah, tiba-tiba pada 2 Mei 2001, Dr Ismail Ibrahim (pada masa itu sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan) muncul di kaca televisyen membuat kenyataan bahawa muzakarah tersebut dibatalkan ekoran ia telah dipolitikkan oleh golongan-golongan tertentu. Soalnya, siapakah yang mempolitikkan isu ini?

4. Saya melihat bahawa usaha Ulama Muda Umno ini lebih kepada mengalih isu yang sedang berlegar di kalangan mereka yang hakikatnya sedang diperhatikan satu persatu oleh rakyat. Adapun apabila ia disokong oleh beberapa orang mufti yang sudah dikenali sebagai pro-Umno, ia langsung tidak menjadi satu perkembangan yang menakjubkan. Mufti Perak sendiri yang masih belum hilang wangi di tangannya setelah menerima sendiri Anugerah PERKASA dari Datuk Ibrahim Ali tentu tidak akan melepaskan peluang ini untuk menghentam PAS habis-habisan.

5. Adapun pihak Ulama Muda Umno, saya kira lebih baik mereka menjawab isu TIADA JIHAD DI PALESTIN yang telah dinyatakan oleh seorang ustaz mereka di dalam salah kuliahnya. Ia tersebar di dalam media Youtube sehingga mengundang kritikan ramai pihak. Tidakkah ini lebih mengelirukan daripada membangkitkan isu lama yang tidak relevan? Atau lebih manis sekiranya tuduhan Doktor Sheikh Al-Qaradhawi yang dikatakan khawarij itu diperjelaskan dengan lebih terperinci agar Tokoh Maal Hijrah yang dinobatkan oleh kerajaan Malaysia itu sendiri tidak dicemari dengan tuduhan liar ini. Atau adakah lebih tepat jika disebut bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan anugerah kepada Tokoh Khawarij? 

6. Lebih menarik lagi pula ialah salah seorang daripada Ahli Majlis Syura ILMU ialah Ustaz Rasul Dahri (rujuk : http://ilmuanmalaysia.com/tentang-kami/) yang mana buku-buku karangannya ada yang diharamkan kerana didapati menyebarkan mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan Mazhab Ali Sunnah Wal Jamaah (rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pengharaman-buku-buku-tulisan-saudara-rasul-dahri-yang-telah-diperakui-haram-0). Dalam keadaan ILMU terpalit dengan individu seperti ini, saya kira lebih baik Fathul Bari menumpukan perhatian kepada membersihkan tanggapan masyarakat terhadap ILMU terlebih dahulu.

7. Jika ucapan Abdul Hadi 30 tahun lepas yang disebut sebagai 'amanat' ini ingin ditarik balik, bagaimana pula dengan amanat Mahathir tentang hukum hudud yang mencetuskan kontroversi sedari dulu lagi. Tidakkah Mahathir pernah mengatakan pada 14 Julai 1992 bahawa 'apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan?" Tidakkah Mahathir juga yang menyebut pada 3 Mac 1994 bahawa 'hukum rejam kepada penzina adalah primitif?' Banyak lagi koleksi ucapan ini jika ingin dijadikan sebagai amanat. Ini belum mengambil kira kenyataan-kenyataan terbaru beliau bahawa hudud tiada di dalam Al-Quran dan isu 'syaitan yang dikenali'. Jika semua ucapan ini disebut sebagai amanat, maka tidak bahayakah Amanat Mahathir kepada umat Islam?


8. Saya kira Amanat Mahathir yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya ini agak menarik untuk kita bincangkan...

Oleh:
Ahmad Fadhli Shaari

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15349-amanat-haji-hadi-amanat-mahathir-bagaimana

Negara Berkebajikan Tawaran PAS


Ringkasan Konsep Negera Berkebajikan

Negara berkebajikan adalah model bernegara sebagaimana yang diiktibarkan daripada al-Quran dan as-sunnah dan sejara kegemilangan umat Islam, dengan  berpandukan konsep “Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur” bermaksud “Negara yang sejahtera dan (mendapat keampunan) Tuhan yang Maha Pengampun”. Dengan penegasan lain, bingkai Negara Berkebajikan ini ialah ‘Ubudiyyah yang bermaksud pengabdian manusia kepada Pencipta mereka bagi mencapai kejayaan (al-falah) bukan sahaja kehidupan di dunia bahkan juga di akhirat.

Negara berkebajikan ditakrifkan sebagai kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (al-Adl wa al-Ihsan) di dalam seluruh sistem pemerintahan  termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (Istibaq al-Khayrat) dan saling bekerjasama (al-Ta’awun) ke arah kejayaan (al-falah) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat.


1. Kerajaan beramanah, adil dan bersih
- Memperkukuh sistem federalisme
- Memperkasakan kembali amalan pemisahan kuasa
- Sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih
- Memulihkan agensi-agensi awam
- Mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam

2. Masyarakat penyayang, aman dan bersatu
- Memperbanyak kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial
- Menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai
- Mewujudkan pasukan Polis Bantuan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan
- Menyemak semula dasar-dasar yang berkaitan dengan perpaduan nasional
- Mencadangkan penubuhan Majlis Dialog Kebangsaan

3. Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
-menyusun kembali keutamaan pembangunan
-Memperkukuhkan semula Dasar Pertanian
-membudayakan penggunaan dinar emas dan dirham
-menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan
-Mewujudkan mekanisme yang akan memperbanyakkan pembekalan barangan-barangan keperluan pengguna

4. Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
-Memberikan peruntukan mencukupi kepada sekolah-sekolah
-Memberikan peruntukan khas kepada Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di sekolah-sekolah luar bandar
-memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.
-Memberikan autonomi kepada universiti-universiti awam
-Menjana institusi pengajian tinggi yang berprestasi cemerlang
 
5. Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
-mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN)
-menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan

-Memberikan perkhidmatan kesihatan percuma sepenuhnya kepada golongan miskin, kanak-kanak dan ibu-ibu mengandung
Memberikan pengiktirafan kepada kaedah-kaedah perubatan alternatif
Memberikan insentif kepada badan-badan masyarakat madani

6. Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
-memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf dan lain-lain
-meminimumkan karenah birokrasi
-meningkatkan harga hartanah rakyat

-Menjamin keberhasilan ekonomi dan jaminan hidup generasi kedua dan ketiga peneroka FELDA yang memerlukan
-memperbanyakkan jumlah perumahan kos rendah dan mampu milik
-mewujudkan rumah-rumah sewa di bandar besar di bawah Majlis Kerajaan Tempatan


7. Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
-Menginstitusikan undang-undang perkahwinan dan kekeluargaan berdasarkan agama anutan masing-masing
-Memberikan peluang kepada pasangan suami-isteri untuk memperolehi pendidikan keluarga sepanjang hayat dan motivasi keibubapaan yang percuma
-Mewujudkan pusat kekeluargaan (family centre) di setiap lokaliti
-memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia
-mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh masa di bawah akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela.
-mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat dan hendaklah diisi oleh warga yang berumur 35 tahun ke bawah
-mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam
-menaikkan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi kakitangan sector awam

-Menyelaraskan seluruh intitusi yang berkaitan dengan pendidikan tenaga vokasional spt IKBN, Kolej Komuniti dll
-meminda akta berkaitan dengan gaji minimum
-meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja.


9. Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
-Memperluas dan memperkaya peranan institusi wakaf
Buku Negara Berkebajikan Tawaran PAS
-Menggalakkan penyertaan dan persaingan sector swasta
-Mewujudkan satu tabung khas dari dana awam
-Membangunkan system pengangkutan awam yang cekap
-Membina prasarana yang mencukupi untuk golongan kurang upaya

10. Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari
-Melaksanakan sepenuhnya program 3R (reduce, reuse, recyle) di seluruh Majlis Kerajaan Tempatan
-Menguatkuasakan akta-akta dan peraturan-peraturan berkaitan pemuliharaan alam sekitar
-Mengeluarkan laporan kualiti alam sekitar yang telus dan menyeluruh setiap tahun
Mempelopori usaha-usaha serantau untuk mencegah masalah alam sekitar

*Maklumat lanjut, sila dapatkan Buku Negara Berkebajikan Tawaran PAS

Sunday, 9 December 2012

Ugutan 13 Mei dan Budaya Politik Samseng


1. Dewasa ini kerap kedengaran di bibir-bibir berita dan akhbar budaya ‘politik kotor’ dan ‘politik samseng’ dalam dunia politik Malaysia. Sungguh memalukan ! Inikah budaya yang diamalkan di dalam sebuah negara yang demokrasi ?

2. Sebelum ini pada 14 Febuari 2012 pernah berlaku insiden ‘Tumbuk menumbuk di ceramah Datuk Seri Anuar Ibrahim’ di Felda Tun Ghafar, Alor Gajah, Melaka.

3. Pada 17 Julai lalu, ceramah YB Nurul Izzah di Pagoh juga turut diganggu. Kalau kita masih ingat insiden yang menimpa mahasiswa yang mendiami Dataran Merdeka pada 19 April yang lalu, mereka diserang dan banyak kerugian yang mereka alami hasil dari tindakan dan perbuatan politik yang tidak bertamadun ini.

4. Terbaru adalah ‘tragedi berdarah’ yang berlaku di Gombak pada 5 Disember semalam, apabila ceramah Jelajah Merdeka Rakyat diganggu dan mengakibatkan seorang petugas ditikam dibahu.

5. Inikah keterbukaan dan sifat berlapang dada UMNO dalam menerima kepelbagaian parti di Malaysia. Sungguh berdegar-degar Datuk Seri Shahrizat Jalil mengata PAS di dalam Persidangan Wanita Umno, adakah ini gambaran sifat keterbukaan Umno?

6. Sebelum ini beliau juga cuba menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan tragedi 13 Mei jika Umno kalah di dalam PRU akan datang. Pemuda PAS menyimpulkan Umno telah lama berkecimpung dengan budaya ‘politik samseng’ demi mengekalkan kekuasaan mereka.

7. Pemuda PAS sendiri tertanya-tanya, adakah ugutan Ketua Wanita Umno seakan-akan signal kepada ‘bala samseng’ Umno untuk keluar dan membuat kekacauan di tempat-tempat ceramah pihak pembangkang?

8. Sekiranya benarlah Umno sebuah parti Islam, kami di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan bahawa budaya samseng di dalam politik bukanlah budaya dan ajaran Islam. Budaya kotor dan jijik di dalam dunia politik ‘kuku besi’ ini adalah dikecam oleh semua rakyat.

9. Mungkin rakyat tiada daya untuk melawan ‘samseng-samseng‘ ini dan jangan pula mereka yang mengamalkan politik sebegini menganggap rakyat takut dengan budaya ini. Ingat kekuatan rakyat pada fikirannya dan kuasa rakyat pada suaranya.

10. Tragedi di Gombak baru-baru ini hanya menyatukan kekuatan rakyat iaitu pemikiran Umno mesti ditolak dalam PRU 13 akan datang dan rakyat akan menterjemah kuasa mereka dalam  PRU ke 13 kerika memilih kerajaan mana yang perlu dan layak mentadbir urus negara ini kelak.

Umno hanya akan terus dikecam oleh rakyat kerana budaya ‘samseng’ yang mereka tunjukkan.

Sekian

Mencorak Masa Depan

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia


Mencorak Masa Depan

Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~

Friday, 7 December 2012

Kuliah Tafaqquh Setiap Khamis



Kuliah Tafaqquh bersama Ustaz Hairul Nizam Mat Husain 


Setiap Hari Khamis (malam) , Minggu 1, 2, 3

Kitab Tafsir Al-Jalalain & Kitab Sirah: Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah

Mohon sebarkan kepada teman-teman

Kecaman Kenyataan Ancaman Datuk Seri Syahrizat Jalil


Ucapan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO boleh mengancam keamanan serta menggugat ketenteraman rakyat.


Dalam ucapan tersebut beliau menyatakan "..jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu."

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan beliau di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka.


"Kenyataan tersebut boleh mengundang ketakutan dan ketidakselesaan bagi rakyat Malaysia kerana peristiwa 13 Mei 1969 adalah peristiwa hitam bagi rakyat Malaysia khususnya bagi isu perkauman."

"Ancaman tesebut seolah-olah telah direalisasikan oleh samseng-samseng upahan UMNO di ceramah umum Pakatan Rakyat di Gombak baru-baru ini. Mungkin ini maksud ‘huru-hara' yang bakal berlaku sekiranya rakyat menolak UMNO/BN." ujar Mohd Khairil Anuar Wafa, Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan

Menurut Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan, "Bagi seorang ahli politik dan juga bekas menteri beliau sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi manfaat contohnya tawaran-tawaran Barisan Nasional untuk rakyat, tambahan pula ucapan itu dikeluarkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012."

"Pihak kami menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Datuk Seri Shahrizat Jalil atas ucapan berbaur ancaman/ugutan kepada rakyat itu. Untuk menjaga kestabilan dan keamanan negara dari segala unsur-unsur ancaman dan ugutan." tambah beliau lagi.

Sumber:
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=1563

Tuesday, 4 December 2012

Ceramah Umum: Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0


NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) akan mengunjungi 23 lokasi di kawasan pedalaman dan ladang di Negeri Sembilan bagi mempromosi tujuh tuntutan mereka melalui acara "Kayuh untuk Perubahan 2.0" yang bermula Jumaat ini.

Kayuhan selama empat hari itu akan melalui tujuh daerah utama di negeri itu iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu.

Penyelaras JERIT Negeri Sembilan S Thinagaran berkata peserta dalam acara berbasikal itu juga akan menyerahkan tuntutan berkenaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Pembangkang Anthony Loke.

Tujuh tuntutan itu termasuk pilihan raya bersih dan adil, gesaan supaya menghentikan pemusnahan alam sekitar, perumahan selesa untuk rakyat dan tuntutan supaya kerajaan menghentikan penswastaan perkhidmatan awam.

Selain itu, NGO berkenaan juga menuntut supaya kerajaan melindungi hak dan kebajikan pekerja, hak untuk berhimpun secara aman, hak bersuara dan juga memansuhkan undang-undang yang didakwa zalim.

"Kita mendapat sambutan yang bagus dan mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat di sana. Stesyen kita sebanyak 23 lokasi untuk memberi kesedaran (mengenai tuntutan itu) khususnya di kawasan luar bandar," kata Thinagaran.

Kayuhan tersebut bermula di Pasar Besar Seremban bermula jam 9 pagi dan berakhir Isnin depan di Wisma Negeri untuk majlis penyerahan memorandum, katanya lagi.

JERIT pertama kali mengadakan kempen berbasikal ini empat tahun lalu bermula dari Alor Setar dan Johor Baharu dan berakhir di bangunan parlimen untuk menyerahkan satu memorandum yang mengandungi enam tuntutan kepada kerajaan dan pembangkang.

Dilaporkan dalam ekspedisi selama 16 hari itu, peserta kempen berdepan pelbagai cabaran dan rintangan termasuklah ditahan polis dan bahkan ada juga basikal mereka dibakar.

Turut hadir dalam sidang media antaranya, Penyelaras Jerit pusat M Sivaranjani, ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan Koordinator Suaram Ahmad Syukri Ab Razab.

Ditanya mengapa pihaknya memilih Negeri Sembilan sebagai lokasi pertama dalam siri jelajah kali ini, Sivaranjani berkata: 

"Nampaknya penganjur lebih bersedia di Negeri Sembilan. Di negeri-negeri lain, (mereka) tidak sempat untuk membuat persediaan dalam jangka masa terdekat ini."

"Tidak ada alasan spesifik. Penganjur Negeri Sembilan lebih bersedia," katanya sambil ketawa kecil.

Sivaranjani berkata siri jelajah kali ini akan diperluaskan di seluruh negara, dan negeri seterusnya akan diumumkan selepas tamat jelajah mereka di Wisma Negeri Isnin depan.

Katanya, seramai 20 peserta tetap bakal menjelajah ke semua daerah dan terdapat juga peserta yang mendaftar untuk menyertai mereka di lokasi yang tertentu.

"Kita bersedia dengan keselamatan. Kita sudah ada pengalaman (yang yang lalu) jadi kita telah membuat persediaan dengan apa sahaja isu yang timbul," katanya.

"Bagaimana polis mengawal pada perhimpunan hijau baru-baru ini, begitulah juga hendaknya (tindakan) polis dalam program ini. Saya berharap tidak ada gangguan," celah Maria.

Thursday, 29 November 2012

Salon: Kepentingan Semua Pihak Diambil Kira - Exco




KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengutamakan kepentingan semua pihak termasuk peniaga, pelanggan dan orang awam berkaitan isu kedai gunting lain jantina (uniseks).

“Hari ini sesi penerangan dan perbincangan dalam keadaan yang amat harmonis dan amat baik bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik antara semua pihak berkaitan kedai gunting rambut.

“Ini kerana ia ada kaitan dengan dasar kerajaan negeri. Kami menerima beberapa cadangan daripada kedua-dua pertubuhan masyarakat Cina.

“Dan dengan penuh gembira dan suci hati kami akan membawa cadangan dibincang dalam mesyuarat Exco tidak lama lagi,” kata anggota Exco Datuk Takiyuddin Hassan.

Hari ini berlangsung pertemuan kerajaan negeri bersama Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kelantan berkaitan isu kedai gunting lain jantina.

Kedua-dua NGO terbabit disertai seramai 10 wakil termasuk seorang wanita. Pertemuan diadakan di Pejabat Menteri Besar. Selepas pertemuan mereka turut menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir pada pertemuan terbabit anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pegawai hubungan kaum Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Chia Chua Lay dan Guan Seng.

Sebelum ini seorang pengurus kedai gunting, Ong Lee Ting mendakwa terpaksa membayar saman dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Bercakap kepada pemberita selepas itu Takiyuddin berkata, cadangan dikemukakan kedua-dua NGO terbabit begitu baik dan boleh membantu kerajaan menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya yakin kerajaan akan membuat satu keputusan tidak lama lagi dengan mengutamakan semua pihak.

“Jadi saya tidak berhasrat untuk sebut cadangan itu kerana pertemuan diadakan secara tertutup, InsyaAllah akan dibincang dalam mesyuarat Exco dalam masa terdekat,” ujarnya.

Ditanya pemberita, kata beliau cadangan itu lebih daripada tiga perkara.

Menurutnya beliau memberi jaminan cadangan tersebut akan dipertimbangkan dengan cara terbaik oleh kerajaan.

“Isu ini akan selesai dalam masa terdekat. Kita telah banyak menyelesaikan perbagai isu berbangkit termasuk isu bekalan air.

“Dalam isu ini saya optimis boleh selesai dengan cara terbaik. Cadangan itu boleh jadi terima sepenuhnya atau ada ubah suai, jadi kalau ada masalah kita boleh bincang balik.  Perbincangan ini tidak terhenti setakat ini sahaja,” ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, perkara yang berkait dengan undang-undang, ada kaedahnya yang boleh diselesaikan termasuk melalui budi bicara.

Saturday, 24 November 2012

Ekonomi N Sembilan Lemah Tapi MB Dapat Anugerah


KUALA LUMPUR: Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) kelmarin menimbulkan pelbagai tanda tanya.


Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad (gambar) berkata, penganugerahan tersebut kelihatan agak janggal jika dibandingkan dengan prestasi beliau mentadbir Negeri Sembilan terutama dalam sudut ekonomi negeri.

Sebagai contoh, ujarnya jika diteliti pada tahun 2010, kerajaan Negeri Sembilan memiliki ‘aset’ berjumlah RM23.40 juta dalam bentuk saham di beberapa syarikat seperti Telekom, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airport tetapi menjelang tahun 2011 pegangan tersebut cuma tinggal RM590,000 sahaja.

Lebih jelas lagi, katanya pendapatan kerajaan negeri dari hasil utama seperti cukai tanah, terimaan dari agensi, perkhidmatan, perolehan dari segi lesen dan permit dari tahun 2010 berjumlah RM326.99 juta menurun dengan serius kepada RM280.11 juta pada 2011.

Beliau menambah, lebih malang, apabila peruntukan yang diberikan untuk Hal Ehwal Agama Islam menurun dari RM7.15 juta pada tahun 2010 kepada RM5.63 juta pada 2011. Selain itu, peruntukan pembangunan agensi kerajaan bawah kerajaan negeri dari RM85 juta berkurangan kepada RM82.49 juta.


“Kita bukan mahu menafikan penganugerahan itu, tetapi kita risau sekiranya penganugerahan tersebut berunsur politik. Iaitu menjadi satu alat untuk beliau menarik sokongan rakyat kepada beliau seterusnya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Di samping cuba menyingkirkan pesaing-pesaing dari kalangan pimpinan Umno Negeri Sembilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sumber:

Wednesday, 21 November 2012

5 Pesanan Ringkas Bantu Gaza

Setiap orang ada kemampuan tersendiri. Di sini saya lontarkan 5 pesanan ringkas yang saya kira semua orang mampu lakukan. Tak kira seorang doktor, seorang ahli politik, mahasiswa mahupun pekerja kilang. Yang penting kita ada sumbangan untuk membantu saudara kita di Palestin.

5 pesanan tersebut diringkaskan:

Doa + Kaji + Boikot + Didik + Infaq = Bantu Palestin



1) Doa
Memperbanyakkan doa memohon Allah memberi pertolongan kepada rakyat dan pejuang di Palestin termasuk juga Qunut Nazilah. Sekiranya tidak berkesempatan untuk Qunut Nazilah, luangkan masa untuk berdoa di waktu lapang

2) Kaji
Sentiasa mengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu Palestin. Alert dengan berita-berita yang memaparkan laporan terkini isu Palestin. Mengkaji kitab-kitab yang menceritakan isu sebenar krisis Israel dan Palestin bukan sahaja dari sudut agama malah dari sudut kemanusiaan

3) Boikot
Berusaha memboikot barangan Israel dan sekutunya. Sekiranya tidak mampu boikot kesemuanya, boikot sekadar atas kemampuan. Kita sama sekali dilarang menghina orang Islam yang tidak bersama memboikot barangan Israel ( kerana sudah terbiasa menggunakan atau sukar untuk memboikot)

4) Didik
Mendidik anak-anak dan masyarakat supaya membenci segala bentuk kezaliman yang berlaku. Didik mereka supaya membenci kezaliman dan menyayangi keamanan. Bukan sekadar kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, tapi segala bentuk kezaliman yang berlaku.

5) Infaq
Sedia menginfaqkan wang bagi membantu rakyat Palestin dan juga para pejuang yang membantu Palestin. Hulurkan wang bagi membantu segala usaha mana-mana pihak yang membantu rakyat Palestin. Seperti tabung kemanusiaan Palestin atau memberi sumbangan menaja kos mencetak bahan-bahan penerangan isu Palestin.

Sekian, selamat beramal

Tuesday, 20 November 2012

K’jaan N9 Sewa Bangunan Wisma UMNO RM45,240.73 sebulan?


Siri Tahukah Anda Kali ini membawakan fakta dari Persidangan DUN Negeri Sembilan

Soalan yang diajukan oleh YB ADUN Senawang dalam soalan bertulis beliau ketika Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Negeri Sembilan) yang Ke-12 iaitu;

Soalan Pertama:
Berapakah jumlah bilangan bangunan swasta yang digunapakai mahupun disewa oleh sebahagian Jabatan Kerajaan Negeri?

Soalan Kedua
Sila nyatakan senarai bangunan swasta yang terlibat dan jumlah sewa yang dibayar

_______________________________________________________________________

Jawapan Pertama:
Pada masa kini terdapat 4 buah Jabatan Kerajaan Negeri yang menyewa bangunan milik swasta.

Jawapan Kedua:
Senarai bangunan swasta yang terlibat:

1) Bangunan Wisma UMNO: yang digunakan untuk Perbadanan Perpustakaan Negeri. Jumlah yang dibayar RM 45, 240.73 sebulan

2) Wisma Arab Malaysia: yang digunakan untuk Lembaga Pelancongan Negeri. Jumlah yang dibayar RM 3,500 sebulan

3) Bangunan Usaha Holding Sdn. Bhd.: yang digunakan untuk Unit Pengaduan Awam. Jumlah yang dibayar RM2,500 sebulan

4) Koperasi Serbaguna Guru-Guru Agama Negeri Sembilan: yang digunakan sebagai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Jumlah dibayar RM 6,000 sebulan

Fikir-fikirkanlah

Sunday, 18 November 2012

PBS Harus Dikaji, Jangan Bebankan Guru


PAS memandang serius isu yang sedang melanda bidang pendidikan negara mutakhir ini dalam memastikan konsep Negara Berkebajikan PAS menjadi acuan yang dapat menyelesaikannya.

Pendidikan harus dijadikan sebagai teras dalam Negara Berkebajikan malah dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya.

Gesaan itu selari dengan isu yang sedang melanda pendidikan serta warga pendidik di negara ini setelah UMNO/BN membawa satu lagi dimensi songsang dalam wahana pendidikan negara dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Sistem baharu tersebut umpama nanah yang sedang membarah dalam sistem pendidikan negara setelah 55 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah, perubahan berkenaan dasar pendidikan yang sering diubah. Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan dasar itu bersifat ‘market-drive’ dan menanggung kerugiaan berbilion ringgit.

Sebagai contoh, dasar PPSMI yang dilaksanakan di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir menelan belanja sehingga RM5.1 Bilion, namum keputusan tahap celik pelajar ketika mana Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik hanya sebanyak 4% sahaja.

PBS yang dilaksanakan pada tahun 2011 hanya berdasarkan penilaian kepada mata kasar guru sahaja. Hal ini mendapat bantahan daripada guru keraja segala tanggungjawab berkenaan peperiksaan dibebankan kepada guru. Setiap aspek seperti menggubal soalan, menyemak dan memasukkan data perlu dilakukan guru yang mengajar.

Saya menyeru supaya penstrukturan semula perlu dibuat dengan kadar segera bagi meningkatkan kembali mutu pendidikan negara dari terus dimanipulasikan dengan pelbagai dasar yang tidak menguntungkan.

PAS komited dalam memperjuangkan agenda menambah baik taraf hidup guru dengan penambahan elaun insentif sebanyak rm500 seperti dalam tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang wajar diberi kepada setiap guru demi meningkatkan lagi taap kredibiliti dan profesionalisme amnya.

Nor Azman Mohamad
Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan
______________________________________
Ucapan ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS bertajuk “Negara Berkebajika, Teras Perpaduan” di Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) pada 16 November 2012. 

6 Arahan Penting Presiden PAS



KOTA BHARU: Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 yang merupakan muktamar terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengeluarkan arahan khusus kepada ahli dan pimpinan parti itu.


Enam arahan tersebut ialah:

1. Mengarahkan semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting.

2. Mengarahkan agar semua jentera parti : dewan - dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihanraya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat.

3. Menyeru kepada semua Kerajaan negeri di bawah PAS bersama Pakatan Rakyat - menggunakan masa yang tinggal ini untuk menyelesaikan urusan rakyat, teruskan kerja kebajikan; tanpa meninggalkan gerakerja parti hingga ke peringkat bawah dalam masyarakat.

4. Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti, supaya berada di tahap bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi Pilihanraya umum ke-13 – di mana kita akan berdepan dengan mainan akal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan. Akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita. Jangan mundur, jangan terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat.

5. Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah - bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

6. Mengarahkan kepada semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun minallah semua petugas dan ahli PAS sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT.

Sumber: Jundi Tarbawi

Muktamar Bersemangat Menyerlahkan Kehebatan Presiden PAS


ULASAN MUKTAMAR

Muktamar tahunan Pas kali ke 58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah (Putik) di Kelantan selama tiga hari telah pun melabuhkan tirai lewat petang ini dengan sempurna seadanya. Selama empat hari tiga malam ahli, penyokong Pas dan pemerhati berkampung di Kota Bharu Kelantan. Muktamar bermula dengan sidang oleh ketiga-tiga dewan yang merupakan sayap kepada Pas, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 14 November hingga 15 Novermber.



Muktamar penuh bermula pada 16 November dengan dihadiri oleh hampir 2,000 perwakilan dan 4,000 para pemerhati dari seluruh negara. Turut sama hadir dimajlis perasmian ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan lain-lain jemputan kenamaan.

Menambahkan kemeriahan dan 'kesumringahan'  muktamar itu juga ialah himpunan rakyat yang diadakan pada sebelah malam 16 November bertempat di Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Kehadiran lebih 40,000 dengan menampilkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim memberi petanda sihat yang Pas dan Pakatan Rakyat kian mendapat sambutan.

Saya tidak hadir ke muktamar kali ini dan mengikuti menerusi internet dari jauh. Ramai menduga muktamar kali menjadi perhatian umum memandangkan ia adalah muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Orang ramai khasnya dari kalangan ahli dan pendokong Pas dan Pakatan Rakyat mahu menyaksikan apakah aura yang ada dalam muktamar berkenaan. Pihak musuh pula menanti untuk mengkritik muktamar itu seboleh-bolehnya. Sekiranya maktamar itu lembab dan kurang bermaya maka ia akan digunakan untuk memperlecehkan Pas. Ia akan dijadikan isu kononnya orang Melayu sudah minggat dari Pas. Ada seorang kawan saya yang sinis dan sudah terpesong akidah dengan Pas memberi gambar muktamar Pas kali ini kurang bermaya?

Entah dari sudut mana diperhatikannya. Kalau perhatian itu untuk memberi muka dan satu laporan buat Umno Kelantan ternyata ia adalah satu kesilapan. Mungkin apa yang saya hendak sebut ini perkara kecil saja, tetapi ia salah hakikat. Tanpa sesiapa sedar muktamar itu juga turut diperhati oleh dua rakan saya bergelar sastera dan penyair hebat di Kelantan. Sebelum ini mereka tidak pernah menjejak kaki ke halaman Pas. Manakala dari segi realiti sebenarnya pemandangan kawan saya itu (yang mengatakan muktamar kali ini kurang bermaya) sudah kurang jelas akibat mungkin dibaham kencing manis sampai 25 mmHgke atas. 

Sesuatu yang dicari dan mahu disaksikan dari muktamar itu, ialah sejauh mana kesediaan ahli Pas dalam menghadapi pilihan raya. Mahu melihat sehebat manakah ahli dan penyokong Pas menitiskan peluh untuk memastikan UBN gugur. Justeru ianya mengharap pandangan dan juga idea-idea yang dilontar untuk diguna pakai oleh semua pihak dalam pilihan raya nanti.

Bagaimana pun berlainan pula dengan pihak musuh mereka menanti muktamar itu dengan harapan dapat mencuri sesuatu isu bagi mengocak Pas dan meretakkan kepaduan Pakatan Rakyat. Ada beberapa isu yang diharap dibahas di dalam muktamar itu kemudian akan dikutip menjadi isu sampah, seperti kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama, isu hudud, isu pemecatan Hasan Akidah dan kenyataan-kenyataan 'sumbang berduit' oleh bekas timbalan presiden Pas. Namun isu-isu itu nampaknya tidak terjamah dan terhidu oleh perwakilan muktamar. Tidak ada seorang pun daripada hampir 2,000 yang menjadi perwakilan simpati kepada Hasan Akidah dan juga bekas timbalan presiden Pas. Nampaknya para muktamirin tidak termakan hasutan dan terkena lesetan cenua pangan.

Alhamdulilah nampak para perwakilan muktamar khasnya mereka yang mengambil bahagian dalam perbahasan semuanya matang, dan dapat menghidu apa yang diingini oleh musuh. Perwakilan nampaknya membuat home work dan dapat membaca mesej presiden. Perwakilan lebih merasakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya dengan tidak menimbulkan soal-soal furu' lebih penting dari membincang isu untuk menumbangkan kerajaan UBN yang merupakan isu pokok.

Di sidang mutamar baik dari ketiga dewan dan sidang muktamar penuh tidak ada apa yang menjadi kontroversi dan dapat dicuri oleh pihak musuh khasnya media PB. Semuanya berjalan dengan lendik dan nampak para perwakilan waspada.

Sidang dewan Pemuda yang sangat-sangat diharapkan dapat memberi sesuatu cetusan untuk meretakkan hubungan dengan Pakatan ternyata tidak menjadi.  Ada pihak tertentu dan media tertentu mengharapkan sesuatu kejutan berlaku dalam sidang dewan pemuda. Namun malang harapan itu tidak menjadi kenyataan. Bayangan mereka sebelum muktamar menjadi jauh panggang dari api.

Semua isu-isu yang dibahas atau diperkatakan di dalam Pemuda adalah isu yang bersifat untuk memperbaiki dan memperkuatkan dewan berkenaan dan juga Pas keseluruhannya. Begitu juga dengan sidang dewan muslimat. Muslimat juga berhati-hati dalam melontarkan idea dan juga mengkritik pihak lawan. Muslimat tidak mudah dicokek pinggang dan latah dengan mengeluarkan kata-kata penuh emosi yang boleh memberi bahan kepada media. Syabas dan tahniah untuk kedua sidang berkenaan kerana dapat mengharmonikan sidang dan memanfaatkan sidang selama sehari itu demi kepentingan parti.

Kalau pun boleh dianggap kontroveri sedikit ialah dalam sidang dewan ulamak menyentuh hudud. Namun kalau difahami betul-betul apa ditegaskan ketua dewan ulamak Harun Taib mengenai hudud ialah satu kewajiban. Sentuhan itu masih relevan. Satu pengesahan bahawa Pas masih belum melencong atau tergelecah ril seperti tanggapan orang-orang yang kecewa kini berada di luar Pas.

Namun dalam masa sama dewan ulamak mengendorcekan bahawa Pas masih bersih dan masih sihat. Pas masih Pas seperti mana termaktub dalam perlembagaan dan tidak berubah. Dewan ulamak membuka mata mereka yang termasuk habuk yang nampak Pas sudah menyeleweng setelah mereka mulai merasai enak makan di hotel lima bintang dan tahu mengandar duit dari komisyen 3% daripada kontrak diluluskan semasa mereka berkedudukan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Begitu juga dengan sidang dalam muktamar penuh selama tiga hari bermula 16 hingga 18 November. Tidak ada perwakilan yang degil atau pun menimbulkan apa-apa keributan. Nampaknya semua perwakilan sporting memahami mesej dan juga semangat muktamar kali ini. Boleh dikatakan kesemua pembahas memahami dan menjaga tata adab masing-masing. Apakah ini wujud selepas tiadanya beberapa pengacau dalam Pas yang bersifat parasit sebelum ini? Mungkin!

Adapun kritikan kecil atau isu mengenai golongan profesional yang cuba hendak mengubah dasar dan prisnip Pas, itu hanya imaginasi atau naluri pembahas yang mungkin termakan teh tarik golongan oportunis. Ia bersifat peringatan dari pembahas itu mungkin kerana beluam sedar hakikat yang berlaku di dalam Pas. Mungkin pembahas itu masih merasakan dia berdiri dalam muktamar semasa dua atau tiga tahun lepas atau pun obses yang dia lebih Islamik?

Namun isu masih wujud konon golongan profesional itu dijelaskan dengan tuntas oleh timbalan presiden Mohamad Sabu dan ketiga-tiga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa. Penjelasan itu diterima apabila tidak ada lagi ungkitan selepas itu.

Saya merumuskan, muktamar Pas kali ke-58 ini adalah muktamar terbaik dan penuh bermutu yang jarang dapat disaksikan sebelum ini. Misalnya kemunculan empat muslimat yang mengambil bahagian dalam perbahasan, Siti Zailah Yusuf, Atirah Al Jundi, Cikgu Mala dan wakil dari Temerloh menyerlahkan akan kehebatan dan kepetahan muslimat Pas. Bukan saja daya cakap, tetapi daya fikir mereka juga hebat, bersemangat dan penuh komitmen.

Entah mengapa tatkala mendengar keempat  muslimat itu berbahas tiba-tiba ingatan saya melayang kepada arwah Dr Lo' Lo' Ghazali yang telah pergi meninggalkan kita semua. Tercetus di hati saya apakah mereka adalah pokok-pokok yang dibajai oleh Dr Lo' Lo' sebelum ini? Al fatihah untuk serikadi Pas yang hilang di mata namun masih kejap di hati, Allahyarham Dr Lo' Lo'.

Bila berbicara mengenai muktamar kali ini pujian tertinggi tentulah untuk presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Entah kenapa kali ini kehebatan Abdul Hadi terserlah. Paling menonjol ialah isi ucapannya yang padat dan bernas. Seperti saya katakan sebelum ini, isi ucapan Abdul Hadi kali ini sangat berilmu dan sekaligus menjadi matan-matan yang akan menjelaskan sikap, pendirian dan iltizam Pas untuk menang dalam pilihan raya.

Pandangan yang dilontarkan berlandaskan sejarah, sirah, al-Qur'an, al-Hadith. Bukan tidak pernah digunakan sumbr-sumber itu sebelum ini, tetapi kali ini ia mempunyai jiwa dan roh yang berpadu apabila ia dikombinasikan dengan penyampaian yang menarik. Ikhlas saya katakan ucapan Abdul Hadi kali ini menjadikan saya ralik, terhibur dan mempunyai azam yang tinggi.

Kali ini saya tidak mengantuk dan merasakan ucapannya seperti khutbah di masjid. Ia adalah ucapan penuh bersemangat dan bertanggungjawab laksana di medan perang yang mana pendengarnya sedang siapa dengan segala macam senjata untuk meraduk musuh, hanya menunggu peliut perang dari presiden itu saja. Saya tertanya-tanya dari mana Abdul Hadi memperolehi kelebihan sebegitu kali ini.

Beliau yang sebelum ini agak kaku dan kekok untuk berdepan dengan media massa yang meminta ulasan dan jawaban spontan, nampaknya menjadi sangat yakin. Tenguk jawaban beliau berhubung cadangan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Kesudiannya hanya sanggup menjadi khadam adalah jawaban yang tepat dalam situsi sebegitu. Kemudian jawaban dan huraian lanjut ke atas pertanyaan itu disimpul dengan 'kemah kemin' semasa ucapan penangguhan yang berbunyi; "cita-cita saya ialah mahu lihat Islam menang, lepas itu kalau saya mati pun tidak apa."

Itulah luahan rasa dari sanubari seorang bernama Tok Guru. Kebendaan bukan cita-cita, pangkat bukan menjadi buruan, tetapi keredhaaan Allah dan kejayaan Islam yang ditagih dan diharapkan. Apa yang ditunjukkan Abdul Hadi sepanjang muktamar ini adalah satu keistimewaan dan keluarbiasaan yang beliau perolehi. Apakah semua kelebihan itu dipacu oleh sebuah keyakinan (khsyafah) yang Islam akan menang sedikit masa nanti?

Sumber:
http://msomelayu.blogspot.com/