PAS memandang serius isu yang sedang melanda bidang pendidikan negara
mutakhir ini dalam memastikan konsep Negara Berkebajikan PAS menjadi acuan yang
dapat menyelesaikannya.
Pendidikan harus dijadikan sebagai teras dalam Negara Berkebajikan
malah dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya.
Gesaan itu selari dengan isu yang sedang melanda pendidikan serta warga
pendidik di negara ini setelah UMNO/BN membawa satu lagi dimensi songsang dalam
wahana pendidikan negara dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Sistem baharu tersebut umpama nanah yang sedang membarah dalam sistem
pendidikan negara setelah 55 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah,
perubahan berkenaan dasar pendidikan yang sering diubah. Lebih memburukkan
keadaan, kebanyakan dasar itu bersifat ‘market-drive’ dan menanggung kerugiaan
berbilion ringgit.
Sebagai contoh, dasar PPSMI yang dilaksanakan di zaman pemerintahan Tun
Dr Mahathir menelan belanja sehingga RM5.1 Bilion, namum keputusan tahap celik pelajar
ketika mana Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam matapelajaran
Sains dan Matematik hanya sebanyak 4% sahaja.
PBS yang dilaksanakan pada tahun 2011 hanya berdasarkan penilaian
kepada mata kasar guru sahaja. Hal ini mendapat bantahan daripada guru keraja
segala tanggungjawab berkenaan peperiksaan dibebankan kepada guru. Setiap aspek
seperti menggubal soalan, menyemak dan memasukkan data perlu dilakukan guru
yang mengajar.
Saya menyeru supaya penstrukturan semula perlu dibuat dengan kadar
segera bagi meningkatkan kembali mutu pendidikan negara dari terus
dimanipulasikan dengan pelbagai dasar yang tidak menguntungkan.
PAS komited dalam memperjuangkan agenda menambah baik taraf hidup guru
dengan penambahan elaun insentif sebanyak rm500 seperti dalam tawaran Buku Jingga
Pakatan Rakyat yang wajar diberi kepada setiap guru demi meningkatkan lagi taap
kredibiliti dan profesionalisme amnya.
Nor Azman Mohamad
Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan
______________________________________
Ucapan ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS bertajuk “Negara
Berkebajika, Teras Perpaduan” di Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Pusat
Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) pada 16 November 2012.
0 comments:
Post a Comment