SEREMBAN, 30 MAC – Selama 5 tahun mentadbir kerajaan Negeri Sembilan, tetapi Barisan Nasional masih lemah dan gagal membangunkan negeri.
Hal ini dinilai berdasarkan pencapaian kerajaan negeri selama 5 tahun pentadbiran merujuk kepada laporan audit tahunan dan juga kecekapan mengurus.
Menurut Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan kelemahan ketara adalah kelemahan menguruskan asset dengan baik.
“Prestasi kerajaan negeri dalam menguruskan aset sangat lemah sehingga pada tahun 2010 aset sebanyak RM23.4 juta dan jatuh merudum pada tahun 2011 dengan jumlah berbaki RM590 ribu”
“Tambahan pula, Program Pembasmian Kemiskinan telah gagal dimana prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.” Ujar beliau
Kegagalan pentadbiran di bawah Datuk Seri Utama Mohamad Hasan turut mendapat kritikan ramai apabila banyak projek terbelengkalai di negeri ini.
“Di samping skandal NFC yang telah ‘menghilangkan’ wang sebanyak RM 250 juta, di negeri ini juga banyak projek terbelengkalai dan projek yang ‘hilang’ seperti pembinaan Hospital Rembau, Landasan Pesawat Kecil di Rembau, pembinaan jalan baru Pasir Panjang ke Linggi”
“MB (Mohamad Hasan) berbangga apabila DUN terbubar dengan sendiri kononnya memastikan kerajaan negeri mendapat masa secukupnya untuk menjalankan segala amanah dan agenda kerajaan, tetapi mana hasilnya?” tegas beliau lagi.
Sidang Media khas ini diadakan di Majlis Hi-Tea Pas Negeri Sembilan di Seremban sempena dengan Jelajah Treler Negara Berkebajikan di Negeri Smebilan.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang calon dari Pas untuk bertanding dalam PRU ini.
“Semua calon Pas yang akan betanding adalah dari kalangan "winnable candidate" bagi memastikan dapat membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Negeri Sembilan”, ujar beliau
Sumber:
http://n9online.net/artikel/5-tahun-mentadbir-bn-masih-gagal