Hubungi Saya Melalui Laman Maya

Facebook, Blog, Twitter

Pesanan Ustaz Nor Azman Mohamad

"Antara tugas kita ialah menanamkan keyakinan terhadap Islam kepada manusia"

My Blog List

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Twitter

Thursday, 29 November 2012

Salon: Kepentingan Semua Pihak Diambil Kira - Exco




KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengutamakan kepentingan semua pihak termasuk peniaga, pelanggan dan orang awam berkaitan isu kedai gunting lain jantina (uniseks).

“Hari ini sesi penerangan dan perbincangan dalam keadaan yang amat harmonis dan amat baik bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik antara semua pihak berkaitan kedai gunting rambut.

“Ini kerana ia ada kaitan dengan dasar kerajaan negeri. Kami menerima beberapa cadangan daripada kedua-dua pertubuhan masyarakat Cina.

“Dan dengan penuh gembira dan suci hati kami akan membawa cadangan dibincang dalam mesyuarat Exco tidak lama lagi,” kata anggota Exco Datuk Takiyuddin Hassan.

Hari ini berlangsung pertemuan kerajaan negeri bersama Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kelantan berkaitan isu kedai gunting lain jantina.

Kedua-dua NGO terbabit disertai seramai 10 wakil termasuk seorang wanita. Pertemuan diadakan di Pejabat Menteri Besar. Selepas pertemuan mereka turut menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir pada pertemuan terbabit anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pegawai hubungan kaum Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Chia Chua Lay dan Guan Seng.

Sebelum ini seorang pengurus kedai gunting, Ong Lee Ting mendakwa terpaksa membayar saman dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Bercakap kepada pemberita selepas itu Takiyuddin berkata, cadangan dikemukakan kedua-dua NGO terbabit begitu baik dan boleh membantu kerajaan menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya yakin kerajaan akan membuat satu keputusan tidak lama lagi dengan mengutamakan semua pihak.

“Jadi saya tidak berhasrat untuk sebut cadangan itu kerana pertemuan diadakan secara tertutup, InsyaAllah akan dibincang dalam mesyuarat Exco dalam masa terdekat,” ujarnya.

Ditanya pemberita, kata beliau cadangan itu lebih daripada tiga perkara.

Menurutnya beliau memberi jaminan cadangan tersebut akan dipertimbangkan dengan cara terbaik oleh kerajaan.

“Isu ini akan selesai dalam masa terdekat. Kita telah banyak menyelesaikan perbagai isu berbangkit termasuk isu bekalan air.

“Dalam isu ini saya optimis boleh selesai dengan cara terbaik. Cadangan itu boleh jadi terima sepenuhnya atau ada ubah suai, jadi kalau ada masalah kita boleh bincang balik.  Perbincangan ini tidak terhenti setakat ini sahaja,” ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, perkara yang berkait dengan undang-undang, ada kaedahnya yang boleh diselesaikan termasuk melalui budi bicara.

Saturday, 24 November 2012

Ekonomi N Sembilan Lemah Tapi MB Dapat Anugerah


KUALA LUMPUR: Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) kelmarin menimbulkan pelbagai tanda tanya.


Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad (gambar) berkata, penganugerahan tersebut kelihatan agak janggal jika dibandingkan dengan prestasi beliau mentadbir Negeri Sembilan terutama dalam sudut ekonomi negeri.

Sebagai contoh, ujarnya jika diteliti pada tahun 2010, kerajaan Negeri Sembilan memiliki ‘aset’ berjumlah RM23.40 juta dalam bentuk saham di beberapa syarikat seperti Telekom, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airport tetapi menjelang tahun 2011 pegangan tersebut cuma tinggal RM590,000 sahaja.

Lebih jelas lagi, katanya pendapatan kerajaan negeri dari hasil utama seperti cukai tanah, terimaan dari agensi, perkhidmatan, perolehan dari segi lesen dan permit dari tahun 2010 berjumlah RM326.99 juta menurun dengan serius kepada RM280.11 juta pada 2011.

Beliau menambah, lebih malang, apabila peruntukan yang diberikan untuk Hal Ehwal Agama Islam menurun dari RM7.15 juta pada tahun 2010 kepada RM5.63 juta pada 2011. Selain itu, peruntukan pembangunan agensi kerajaan bawah kerajaan negeri dari RM85 juta berkurangan kepada RM82.49 juta.


“Kita bukan mahu menafikan penganugerahan itu, tetapi kita risau sekiranya penganugerahan tersebut berunsur politik. Iaitu menjadi satu alat untuk beliau menarik sokongan rakyat kepada beliau seterusnya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Di samping cuba menyingkirkan pesaing-pesaing dari kalangan pimpinan Umno Negeri Sembilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sumber:

Wednesday, 21 November 2012

5 Pesanan Ringkas Bantu Gaza

Setiap orang ada kemampuan tersendiri. Di sini saya lontarkan 5 pesanan ringkas yang saya kira semua orang mampu lakukan. Tak kira seorang doktor, seorang ahli politik, mahasiswa mahupun pekerja kilang. Yang penting kita ada sumbangan untuk membantu saudara kita di Palestin.

5 pesanan tersebut diringkaskan:

Doa + Kaji + Boikot + Didik + Infaq = Bantu Palestin



1) Doa
Memperbanyakkan doa memohon Allah memberi pertolongan kepada rakyat dan pejuang di Palestin termasuk juga Qunut Nazilah. Sekiranya tidak berkesempatan untuk Qunut Nazilah, luangkan masa untuk berdoa di waktu lapang

2) Kaji
Sentiasa mengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu Palestin. Alert dengan berita-berita yang memaparkan laporan terkini isu Palestin. Mengkaji kitab-kitab yang menceritakan isu sebenar krisis Israel dan Palestin bukan sahaja dari sudut agama malah dari sudut kemanusiaan

3) Boikot
Berusaha memboikot barangan Israel dan sekutunya. Sekiranya tidak mampu boikot kesemuanya, boikot sekadar atas kemampuan. Kita sama sekali dilarang menghina orang Islam yang tidak bersama memboikot barangan Israel ( kerana sudah terbiasa menggunakan atau sukar untuk memboikot)

4) Didik
Mendidik anak-anak dan masyarakat supaya membenci segala bentuk kezaliman yang berlaku. Didik mereka supaya membenci kezaliman dan menyayangi keamanan. Bukan sekadar kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, tapi segala bentuk kezaliman yang berlaku.

5) Infaq
Sedia menginfaqkan wang bagi membantu rakyat Palestin dan juga para pejuang yang membantu Palestin. Hulurkan wang bagi membantu segala usaha mana-mana pihak yang membantu rakyat Palestin. Seperti tabung kemanusiaan Palestin atau memberi sumbangan menaja kos mencetak bahan-bahan penerangan isu Palestin.

Sekian, selamat beramal

Tuesday, 20 November 2012

K’jaan N9 Sewa Bangunan Wisma UMNO RM45,240.73 sebulan?


Siri Tahukah Anda Kali ini membawakan fakta dari Persidangan DUN Negeri Sembilan

Soalan yang diajukan oleh YB ADUN Senawang dalam soalan bertulis beliau ketika Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Negeri Sembilan) yang Ke-12 iaitu;

Soalan Pertama:
Berapakah jumlah bilangan bangunan swasta yang digunapakai mahupun disewa oleh sebahagian Jabatan Kerajaan Negeri?

Soalan Kedua
Sila nyatakan senarai bangunan swasta yang terlibat dan jumlah sewa yang dibayar

_______________________________________________________________________

Jawapan Pertama:
Pada masa kini terdapat 4 buah Jabatan Kerajaan Negeri yang menyewa bangunan milik swasta.

Jawapan Kedua:
Senarai bangunan swasta yang terlibat:

1) Bangunan Wisma UMNO: yang digunakan untuk Perbadanan Perpustakaan Negeri. Jumlah yang dibayar RM 45, 240.73 sebulan

2) Wisma Arab Malaysia: yang digunakan untuk Lembaga Pelancongan Negeri. Jumlah yang dibayar RM 3,500 sebulan

3) Bangunan Usaha Holding Sdn. Bhd.: yang digunakan untuk Unit Pengaduan Awam. Jumlah yang dibayar RM2,500 sebulan

4) Koperasi Serbaguna Guru-Guru Agama Negeri Sembilan: yang digunakan sebagai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Jumlah dibayar RM 6,000 sebulan

Fikir-fikirkanlah

Sunday, 18 November 2012

PBS Harus Dikaji, Jangan Bebankan Guru


PAS memandang serius isu yang sedang melanda bidang pendidikan negara mutakhir ini dalam memastikan konsep Negara Berkebajikan PAS menjadi acuan yang dapat menyelesaikannya.

Pendidikan harus dijadikan sebagai teras dalam Negara Berkebajikan malah dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya.

Gesaan itu selari dengan isu yang sedang melanda pendidikan serta warga pendidik di negara ini setelah UMNO/BN membawa satu lagi dimensi songsang dalam wahana pendidikan negara dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Sistem baharu tersebut umpama nanah yang sedang membarah dalam sistem pendidikan negara setelah 55 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah, perubahan berkenaan dasar pendidikan yang sering diubah. Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan dasar itu bersifat ‘market-drive’ dan menanggung kerugiaan berbilion ringgit.

Sebagai contoh, dasar PPSMI yang dilaksanakan di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir menelan belanja sehingga RM5.1 Bilion, namum keputusan tahap celik pelajar ketika mana Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik hanya sebanyak 4% sahaja.

PBS yang dilaksanakan pada tahun 2011 hanya berdasarkan penilaian kepada mata kasar guru sahaja. Hal ini mendapat bantahan daripada guru keraja segala tanggungjawab berkenaan peperiksaan dibebankan kepada guru. Setiap aspek seperti menggubal soalan, menyemak dan memasukkan data perlu dilakukan guru yang mengajar.

Saya menyeru supaya penstrukturan semula perlu dibuat dengan kadar segera bagi meningkatkan kembali mutu pendidikan negara dari terus dimanipulasikan dengan pelbagai dasar yang tidak menguntungkan.

PAS komited dalam memperjuangkan agenda menambah baik taraf hidup guru dengan penambahan elaun insentif sebanyak rm500 seperti dalam tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang wajar diberi kepada setiap guru demi meningkatkan lagi taap kredibiliti dan profesionalisme amnya.

Nor Azman Mohamad
Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan
______________________________________
Ucapan ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS bertajuk “Negara Berkebajika, Teras Perpaduan” di Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) pada 16 November 2012. 

6 Arahan Penting Presiden PAS



KOTA BHARU: Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 yang merupakan muktamar terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengeluarkan arahan khusus kepada ahli dan pimpinan parti itu.


Enam arahan tersebut ialah:

1. Mengarahkan semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting.

2. Mengarahkan agar semua jentera parti : dewan - dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihanraya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat.

3. Menyeru kepada semua Kerajaan negeri di bawah PAS bersama Pakatan Rakyat - menggunakan masa yang tinggal ini untuk menyelesaikan urusan rakyat, teruskan kerja kebajikan; tanpa meninggalkan gerakerja parti hingga ke peringkat bawah dalam masyarakat.

4. Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti, supaya berada di tahap bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi Pilihanraya umum ke-13 – di mana kita akan berdepan dengan mainan akal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan. Akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita. Jangan mundur, jangan terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat.

5. Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah - bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

6. Mengarahkan kepada semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun minallah semua petugas dan ahli PAS sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT.

Sumber: Jundi Tarbawi

Muktamar Bersemangat Menyerlahkan Kehebatan Presiden PAS


ULASAN MUKTAMAR

Muktamar tahunan Pas kali ke 58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah (Putik) di Kelantan selama tiga hari telah pun melabuhkan tirai lewat petang ini dengan sempurna seadanya. Selama empat hari tiga malam ahli, penyokong Pas dan pemerhati berkampung di Kota Bharu Kelantan. Muktamar bermula dengan sidang oleh ketiga-tiga dewan yang merupakan sayap kepada Pas, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 14 November hingga 15 Novermber.



Muktamar penuh bermula pada 16 November dengan dihadiri oleh hampir 2,000 perwakilan dan 4,000 para pemerhati dari seluruh negara. Turut sama hadir dimajlis perasmian ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan lain-lain jemputan kenamaan.

Menambahkan kemeriahan dan 'kesumringahan'  muktamar itu juga ialah himpunan rakyat yang diadakan pada sebelah malam 16 November bertempat di Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Kehadiran lebih 40,000 dengan menampilkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim memberi petanda sihat yang Pas dan Pakatan Rakyat kian mendapat sambutan.

Saya tidak hadir ke muktamar kali ini dan mengikuti menerusi internet dari jauh. Ramai menduga muktamar kali menjadi perhatian umum memandangkan ia adalah muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Orang ramai khasnya dari kalangan ahli dan pendokong Pas dan Pakatan Rakyat mahu menyaksikan apakah aura yang ada dalam muktamar berkenaan. Pihak musuh pula menanti untuk mengkritik muktamar itu seboleh-bolehnya. Sekiranya maktamar itu lembab dan kurang bermaya maka ia akan digunakan untuk memperlecehkan Pas. Ia akan dijadikan isu kononnya orang Melayu sudah minggat dari Pas. Ada seorang kawan saya yang sinis dan sudah terpesong akidah dengan Pas memberi gambar muktamar Pas kali ini kurang bermaya?

Entah dari sudut mana diperhatikannya. Kalau perhatian itu untuk memberi muka dan satu laporan buat Umno Kelantan ternyata ia adalah satu kesilapan. Mungkin apa yang saya hendak sebut ini perkara kecil saja, tetapi ia salah hakikat. Tanpa sesiapa sedar muktamar itu juga turut diperhati oleh dua rakan saya bergelar sastera dan penyair hebat di Kelantan. Sebelum ini mereka tidak pernah menjejak kaki ke halaman Pas. Manakala dari segi realiti sebenarnya pemandangan kawan saya itu (yang mengatakan muktamar kali ini kurang bermaya) sudah kurang jelas akibat mungkin dibaham kencing manis sampai 25 mmHgke atas. 

Sesuatu yang dicari dan mahu disaksikan dari muktamar itu, ialah sejauh mana kesediaan ahli Pas dalam menghadapi pilihan raya. Mahu melihat sehebat manakah ahli dan penyokong Pas menitiskan peluh untuk memastikan UBN gugur. Justeru ianya mengharap pandangan dan juga idea-idea yang dilontar untuk diguna pakai oleh semua pihak dalam pilihan raya nanti.

Bagaimana pun berlainan pula dengan pihak musuh mereka menanti muktamar itu dengan harapan dapat mencuri sesuatu isu bagi mengocak Pas dan meretakkan kepaduan Pakatan Rakyat. Ada beberapa isu yang diharap dibahas di dalam muktamar itu kemudian akan dikutip menjadi isu sampah, seperti kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama, isu hudud, isu pemecatan Hasan Akidah dan kenyataan-kenyataan 'sumbang berduit' oleh bekas timbalan presiden Pas. Namun isu-isu itu nampaknya tidak terjamah dan terhidu oleh perwakilan muktamar. Tidak ada seorang pun daripada hampir 2,000 yang menjadi perwakilan simpati kepada Hasan Akidah dan juga bekas timbalan presiden Pas. Nampaknya para muktamirin tidak termakan hasutan dan terkena lesetan cenua pangan.

Alhamdulilah nampak para perwakilan muktamar khasnya mereka yang mengambil bahagian dalam perbahasan semuanya matang, dan dapat menghidu apa yang diingini oleh musuh. Perwakilan nampaknya membuat home work dan dapat membaca mesej presiden. Perwakilan lebih merasakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya dengan tidak menimbulkan soal-soal furu' lebih penting dari membincang isu untuk menumbangkan kerajaan UBN yang merupakan isu pokok.

Di sidang mutamar baik dari ketiga dewan dan sidang muktamar penuh tidak ada apa yang menjadi kontroversi dan dapat dicuri oleh pihak musuh khasnya media PB. Semuanya berjalan dengan lendik dan nampak para perwakilan waspada.

Sidang dewan Pemuda yang sangat-sangat diharapkan dapat memberi sesuatu cetusan untuk meretakkan hubungan dengan Pakatan ternyata tidak menjadi.  Ada pihak tertentu dan media tertentu mengharapkan sesuatu kejutan berlaku dalam sidang dewan pemuda. Namun malang harapan itu tidak menjadi kenyataan. Bayangan mereka sebelum muktamar menjadi jauh panggang dari api.

Semua isu-isu yang dibahas atau diperkatakan di dalam Pemuda adalah isu yang bersifat untuk memperbaiki dan memperkuatkan dewan berkenaan dan juga Pas keseluruhannya. Begitu juga dengan sidang dewan muslimat. Muslimat juga berhati-hati dalam melontarkan idea dan juga mengkritik pihak lawan. Muslimat tidak mudah dicokek pinggang dan latah dengan mengeluarkan kata-kata penuh emosi yang boleh memberi bahan kepada media. Syabas dan tahniah untuk kedua sidang berkenaan kerana dapat mengharmonikan sidang dan memanfaatkan sidang selama sehari itu demi kepentingan parti.

Kalau pun boleh dianggap kontroveri sedikit ialah dalam sidang dewan ulamak menyentuh hudud. Namun kalau difahami betul-betul apa ditegaskan ketua dewan ulamak Harun Taib mengenai hudud ialah satu kewajiban. Sentuhan itu masih relevan. Satu pengesahan bahawa Pas masih belum melencong atau tergelecah ril seperti tanggapan orang-orang yang kecewa kini berada di luar Pas.

Namun dalam masa sama dewan ulamak mengendorcekan bahawa Pas masih bersih dan masih sihat. Pas masih Pas seperti mana termaktub dalam perlembagaan dan tidak berubah. Dewan ulamak membuka mata mereka yang termasuk habuk yang nampak Pas sudah menyeleweng setelah mereka mulai merasai enak makan di hotel lima bintang dan tahu mengandar duit dari komisyen 3% daripada kontrak diluluskan semasa mereka berkedudukan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Begitu juga dengan sidang dalam muktamar penuh selama tiga hari bermula 16 hingga 18 November. Tidak ada perwakilan yang degil atau pun menimbulkan apa-apa keributan. Nampaknya semua perwakilan sporting memahami mesej dan juga semangat muktamar kali ini. Boleh dikatakan kesemua pembahas memahami dan menjaga tata adab masing-masing. Apakah ini wujud selepas tiadanya beberapa pengacau dalam Pas yang bersifat parasit sebelum ini? Mungkin!

Adapun kritikan kecil atau isu mengenai golongan profesional yang cuba hendak mengubah dasar dan prisnip Pas, itu hanya imaginasi atau naluri pembahas yang mungkin termakan teh tarik golongan oportunis. Ia bersifat peringatan dari pembahas itu mungkin kerana beluam sedar hakikat yang berlaku di dalam Pas. Mungkin pembahas itu masih merasakan dia berdiri dalam muktamar semasa dua atau tiga tahun lepas atau pun obses yang dia lebih Islamik?

Namun isu masih wujud konon golongan profesional itu dijelaskan dengan tuntas oleh timbalan presiden Mohamad Sabu dan ketiga-tiga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa. Penjelasan itu diterima apabila tidak ada lagi ungkitan selepas itu.

Saya merumuskan, muktamar Pas kali ke-58 ini adalah muktamar terbaik dan penuh bermutu yang jarang dapat disaksikan sebelum ini. Misalnya kemunculan empat muslimat yang mengambil bahagian dalam perbahasan, Siti Zailah Yusuf, Atirah Al Jundi, Cikgu Mala dan wakil dari Temerloh menyerlahkan akan kehebatan dan kepetahan muslimat Pas. Bukan saja daya cakap, tetapi daya fikir mereka juga hebat, bersemangat dan penuh komitmen.

Entah mengapa tatkala mendengar keempat  muslimat itu berbahas tiba-tiba ingatan saya melayang kepada arwah Dr Lo' Lo' Ghazali yang telah pergi meninggalkan kita semua. Tercetus di hati saya apakah mereka adalah pokok-pokok yang dibajai oleh Dr Lo' Lo' sebelum ini? Al fatihah untuk serikadi Pas yang hilang di mata namun masih kejap di hati, Allahyarham Dr Lo' Lo'.

Bila berbicara mengenai muktamar kali ini pujian tertinggi tentulah untuk presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Entah kenapa kali ini kehebatan Abdul Hadi terserlah. Paling menonjol ialah isi ucapannya yang padat dan bernas. Seperti saya katakan sebelum ini, isi ucapan Abdul Hadi kali ini sangat berilmu dan sekaligus menjadi matan-matan yang akan menjelaskan sikap, pendirian dan iltizam Pas untuk menang dalam pilihan raya.

Pandangan yang dilontarkan berlandaskan sejarah, sirah, al-Qur'an, al-Hadith. Bukan tidak pernah digunakan sumbr-sumber itu sebelum ini, tetapi kali ini ia mempunyai jiwa dan roh yang berpadu apabila ia dikombinasikan dengan penyampaian yang menarik. Ikhlas saya katakan ucapan Abdul Hadi kali ini menjadikan saya ralik, terhibur dan mempunyai azam yang tinggi.

Kali ini saya tidak mengantuk dan merasakan ucapannya seperti khutbah di masjid. Ia adalah ucapan penuh bersemangat dan bertanggungjawab laksana di medan perang yang mana pendengarnya sedang siapa dengan segala macam senjata untuk meraduk musuh, hanya menunggu peliut perang dari presiden itu saja. Saya tertanya-tanya dari mana Abdul Hadi memperolehi kelebihan sebegitu kali ini.

Beliau yang sebelum ini agak kaku dan kekok untuk berdepan dengan media massa yang meminta ulasan dan jawaban spontan, nampaknya menjadi sangat yakin. Tenguk jawaban beliau berhubung cadangan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Kesudiannya hanya sanggup menjadi khadam adalah jawaban yang tepat dalam situsi sebegitu. Kemudian jawaban dan huraian lanjut ke atas pertanyaan itu disimpul dengan 'kemah kemin' semasa ucapan penangguhan yang berbunyi; "cita-cita saya ialah mahu lihat Islam menang, lepas itu kalau saya mati pun tidak apa."

Itulah luahan rasa dari sanubari seorang bernama Tok Guru. Kebendaan bukan cita-cita, pangkat bukan menjadi buruan, tetapi keredhaaan Allah dan kejayaan Islam yang ditagih dan diharapkan. Apa yang ditunjukkan Abdul Hadi sepanjang muktamar ini adalah satu keistimewaan dan keluarbiasaan yang beliau perolehi. Apakah semua kelebihan itu dipacu oleh sebuah keyakinan (khsyafah) yang Islam akan menang sedikit masa nanti?

Sumber:
http://msomelayu.blogspot.com/

Saturday, 17 November 2012

PAS Perjelas Misi Cadangan Sistem Pendidikan


PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - Isu pendidikan menjadi teras dalam pembentukan negara berkebajikan PAS.
Demikian tegas perwakilan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Muhammad dalam sesi perbahasan ucaptama Presiden PAS petang tadi.
Katanya, dasar pendidikan kebangsaan yang diguna pakai sejak merdeka sering mengalami perubahan. Namun begitu, perubahan yang dibuat lebih bersifat 'market-driven'.
"Dasar dan sistem yang diperkenalkan tidak dikaji sepenuhnya sebelum dilaksanakan," ujarnya membahas.
Beliau menekan serius dasar PPSMI yang menelan belanja sehingga RM 5.1 billion ditarik balik selepas 4% pelajar sahaja berjaya menguasai Bahasa Inggeris melalui dasar yang diperkenalkan.
"Ia bukan sahaja merugikan rakyat, tetapi juga memperjudikan masa hadapan anak-anak!" tegas beliau.
Hinggakan, Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan baru-baru ini pula membebankan guru dengan kerja-kerja pengkeranian.
Justeru, beliau menggesa supaya guru-guru dikembalikan kepada kerja profesionalisme yang sebenar.
"Dasar pendidikan yang dicadangkan oleh PAS perlu mempunyai misi yang jelas agar beban guru dapat dikurangkan dan dapat menumpukan sepenuh masa untuk mendidik," tambah beliau.
Presiden PAS pagi itu memberitahu, PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat wajib memastikan tidak ada kalangan rakyat yang tercicir daripada pendidikan, mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Sumber:
http://muktamar58.pas.org.my/index.php/berita/muktamarpenuh/91-pas-perjelas-misi-cadangan-sistem-pendidikan-siap

Thursday, 15 November 2012

Tonggak Nan 9: PR Prihatin Rakyat


Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) 


Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan 
"Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” 

Tonggak Nan Sembilan Tonggak 

TONGGAK 1: RAKYAT ITU TUAN 

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam 
1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta. 
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan. 
1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam. 
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah. 
1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih. 
1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai. 
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK). 
1.8 Mewujudkan “Enakmen Kebebasan Maklumat” bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam. 

TONGGAK 2: RAKYAT NAN SENANG DAN SEJAHTERA 

2.0 Ekonomi 
2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan. 
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.
2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri. 
2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian. 
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat. 
2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara. 
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana. 
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa. 
2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri. 


TONGGAK 3: RAKYAT NAN BERTELAPAK 

3.0 Tanah dan Perumahan 
3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold). 
3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas. 
3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun. 
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik. 
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan. 
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal. 

TONGGAK 4: RAKYAT NAN BERILMU 

4.0 Pendidikan 
4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM. 
4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian. 
4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf. 
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.  

TONGGAK 5: RAKYAT NAN BERAKHLAK 

5.0 Agama Islam dan Agama-Agama Lain 
5.1 Islam dan Pendidikan Islam 
5.1.1 Memperkemaskan sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan. 
5.1.2 Meningkatkan peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam. 
5.1.3 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat. 
5.1.4 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing. 5.1.5 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik. 5.1.6 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah. 
5.1.7 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an. 5.2 Agama-Agama Lain 
5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam. 
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam. 

TONGGAK 6: RAKYAT NAN AMAN DAN MENCINTAI ALAM

6.0 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial dan Alam Sekitar 
6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial 
6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial. 
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah. 
6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka. 
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam. 

6.2 Alam Sekitar 
6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan. 6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara. 
6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya. 
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda. 
6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai. 

TONGGAK 7: RAKYAT NAN SELESA 
7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam 
7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar. 
7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan. 
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan mempastikan mutu air sentiasa tinggi. 
7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda. 
7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan. 

TONGGAK 8: WANITA DIMARTABATKAN, RAKYAT NAN MUDA DISAYANGI, NAN DIZALIMI DIBELA DAN NAN TUA DISANTUNI

8.0 Wanita dan Keluarga, Anak Muda, Peneroka dan Kebajikan 
8.1 Wanita dan Keluarga 
8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama. 
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan. 
8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga. 
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 
8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak. 
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan. 8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi. 

8.2 Anak Muda 
8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda. 
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan. 
8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda. 
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 
8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda. 
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan. 

8.3 Peneroka Felda 
8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka. 
8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda. 
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka. 
8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.

8.4 Kebajikan 
8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya). 
8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas. 
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris). 
8.4.4 Memberi bantuan uniform sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah. 
8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing. 
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja. 
8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan. 

TONGGAK 9: RAKYAT NAN BERBUDAYA DAN BERADAT

9.0 Seni Budaya dan Adat 
9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum. 
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar. 
9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak. 
9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

Wednesday, 7 November 2012

Hijrah dan Kehidupan Kita


Maksud Hijrah pada istilah iaitu perpindahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Begitu juga yang dilakukan oleh sabahat Baginda. Perpindahan ini semata-mata kerana agama bukan membabitkan keuntungan duniawi. 

Aplikasi Hijrah Dalam Kehidupan Masa Kini 

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (Surah al-Anbiya’: 107) 

Dr Aidh al-Qarni dalam bukunya, Rahmatan li al-’Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya: 

1) Baginda merupakan seorang manusia utusan Allah. Baginda datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman. Baginda datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain. Baginda membina satu tamadun baru di antara sekian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya. 

Di dalam buku Hijratul Rasul: Iktibar dan Hikmah, Dr Zulkifli al-Bakri menyatakan bagaimana cara kita mendapatkan semangat roh hijrah sehingga mampu dijelmakan dalam kehidupan kita, antarannya ialah: 

1) Hati dan Niat kita: Bagaimana kita menguatkan ubudiyyah yang mutlaq kepada Allah dalam menjalani kehidupan ini 

2) Membuang segala sifat mazmumah seperti hasad dengki, tamak dan digantikan dengan segala sifat mahmudah yang dianjurkan oleh islam 

3) Prestasi ibadat kita adakah masih pada tahap yang sama sejak dahulu lagi atau terdapat peningkatan sama ada khusyuk, ikhlas dan benar mengikut sunnah Nabi SAW dalam pengamalan ibadat tersebut 

4) Sistem muamalah yang sentiasa kita berinteraksi dalam masyarakat untuk urusan harian, adakah menepati piawaian syara’ yang selamat dari unsure Riba’, Khianat, Penipuan dan sebaliknya mengikut Islam 

5) Berhubung dengan kekeluargaan Islam, adakah ia benar-benar menjadi Baitul Muslim (Rumah Tangga Islam) yang melahirkan sakinah, mawaddah, rahmah seterusnya melahirkan zuriat yang soleh dan solehah yang menjadi khalifah Allah di muka bumi 

6) Hubungan sesama masyarakat dari yang paling hampir seperti jiran tetangga, rakan taulan, pemimpin, rakyat hatta sesiapapun, adakah menepati seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika mengasaskan Kerajaan Islam yang pertama di kota Madinah.  

Akhirnya, marilah sama-sama kita mempelajari sirah dan sunnah Nabi SAW untuk memahami segala selok belok yang berkaitan dengan Rasulullah SAW untuk diaplikasikan dalam kehiduapn kita. Sesungguhnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah dan Uswah Hasanah sudah pasti membawa kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat

Sunday, 4 November 2012

Biar Gambar Berbicara: Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov