My Blog List

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Twitter

Wednesday, 7 November 2012

Hijrah dan Kehidupan Kita


Maksud Hijrah pada istilah iaitu perpindahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Begitu juga yang dilakukan oleh sabahat Baginda. Perpindahan ini semata-mata kerana agama bukan membabitkan keuntungan duniawi. 

Aplikasi Hijrah Dalam Kehidupan Masa Kini 

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (Surah al-Anbiya’: 107) 

Dr Aidh al-Qarni dalam bukunya, Rahmatan li al-’Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya: 

1) Baginda merupakan seorang manusia utusan Allah. Baginda datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman. Baginda datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain. Baginda membina satu tamadun baru di antara sekian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya. 

Di dalam buku Hijratul Rasul: Iktibar dan Hikmah, Dr Zulkifli al-Bakri menyatakan bagaimana cara kita mendapatkan semangat roh hijrah sehingga mampu dijelmakan dalam kehidupan kita, antarannya ialah: 

1) Hati dan Niat kita: Bagaimana kita menguatkan ubudiyyah yang mutlaq kepada Allah dalam menjalani kehidupan ini 

2) Membuang segala sifat mazmumah seperti hasad dengki, tamak dan digantikan dengan segala sifat mahmudah yang dianjurkan oleh islam 

3) Prestasi ibadat kita adakah masih pada tahap yang sama sejak dahulu lagi atau terdapat peningkatan sama ada khusyuk, ikhlas dan benar mengikut sunnah Nabi SAW dalam pengamalan ibadat tersebut 

4) Sistem muamalah yang sentiasa kita berinteraksi dalam masyarakat untuk urusan harian, adakah menepati piawaian syara’ yang selamat dari unsure Riba’, Khianat, Penipuan dan sebaliknya mengikut Islam 

5) Berhubung dengan kekeluargaan Islam, adakah ia benar-benar menjadi Baitul Muslim (Rumah Tangga Islam) yang melahirkan sakinah, mawaddah, rahmah seterusnya melahirkan zuriat yang soleh dan solehah yang menjadi khalifah Allah di muka bumi 

6) Hubungan sesama masyarakat dari yang paling hampir seperti jiran tetangga, rakan taulan, pemimpin, rakyat hatta sesiapapun, adakah menepati seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika mengasaskan Kerajaan Islam yang pertama di kota Madinah.  

Akhirnya, marilah sama-sama kita mempelajari sirah dan sunnah Nabi SAW untuk memahami segala selok belok yang berkaitan dengan Rasulullah SAW untuk diaplikasikan dalam kehiduapn kita. Sesungguhnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah dan Uswah Hasanah sudah pasti membawa kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat

0 comments:

Post a Comment